BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 15, 2013

RASA-RASANYA INI KALILAH.......

Syukur alhamdulilah kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya pilihanraya ke13 telah selesai dengan kemanangan kekal kepada Barisan Nasional (BN) walaupun Kelantan, Selangor dan P.Pinang masih kekal ditadbir oleh PAS, PKR dan DAP. Melalui blog ini sya telah menulis rasa hati sya iaitu BN akan kekal mentadbir negara ini, tak silap sya pada 28 hb. April 2013 yg lalu iaitu kira-kira enam hari sebelum hari pengundian. Ini adalah kerana sya begitu yakin walaupun berbagai propaganda dan tohmahan yg dilemparkan kepada Perdana Menteri (PM) dan parti pemerintah dilakukan tetapi sya yakin kuasa Allah mengatasi segalanya. Rasa sya tak perlu sya ulas panjang mengapa BN menang kerana memang BN telah menang!
Sya lebih suka bercakap tentang bagaimana kerajaan BN boleh meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan para pengundi (macam sya) untuk masa akan datang (5 tahun dari sekarang). Bagi sya mana-mana parti komponen yg tidak mahu sebarang jawatan dalam pentadbiran negara kita ikutkan saja, kerana mereka merasakan mereka telah gagal untuk menarik undi dari kaum mereka khususnya MCA dan GERAKAN dan secara tidak lansung mereka merasa malu. Bagi sya ini perkembangan yg positif dimana mereka sanggup menerima risiko (kalau boleh semua parti pun begitu) dan menjadi YB atau YAB bukan lah sesuatu yg mudah dan masa untuk bersenang lenang! Contoh di Parlimen Lumut bagi sya DS Kong Cho Ha adalah merupakan seorang Ahli Parlimen yang rajin, komited dan amat pemurah (kerana beliau rajin memberi kerjasama kepada program-program yg dijalankan dikawasan parlimen beliau) tetapi oleh kerana ramai pengundi Sitiawan dan Kg koh tidak memberi undi kepada beliau maka beliau telah kalah kepada calon PKR!
Bagi sya mudah, mana-mana kawasan yg BN kalah segala bantuan dan peruntukan haruslah dihentikan dan pemberian peruntukan haruslah mengikut Parlimen atau DUN jika Parlimen menang bagi peruntukan kepada Parlimen jika DUN saja yg menang bagi saja peruntukan kepada DUN dan jika kedua-dua Parlimen dan DUN yg menang maka peruntukan harus diberi kepada kedua-dua sekali biar TEGAS dan ADIL (INI KALILAH...) kerana jika kerajaan tidak lakukan ini maka sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan faham dan dengan suka-suka hati sahaja membuat tohmahan dan kata-kata kesat terhadap orang yang memberi kesenangan kepada mereka! Mungkin akan ada nanti cakap-cakap bagaimana hati dan perasaan pengundi yg mengundi BN di tempat-tempat yg BN kalah? Bagi sya mudah kalau sudah kalah so kena terima jadi lain kali jika nak menang setakat 2-3 orang tidak cukup, perlu ramai dan ribu-ribu! Kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib perlu membuat keputusan yg drastik begini biar semua orang tahu ini bukan masa untuk main-main ini bukan masa untuk berpropaganda dan mengada-adakan cerita yg tidak ada! Kerajaan bakan seperi sebuah kenderaan yg boleh diubah-ubah ditukar-tukar (kerana ada pendapat yg menyamakan kerjaan dengan kereta jika rosak dan sudah lama perlu ditukar!) ini merupakan pendapat yg amat rendah pemikiran dan tidak realistik!
Jadi bagi sya inilah masanya orang-orang yang mempunyai tanggungjawab dan sayangkan negara ini melakukan sesuatu! Tunjukan ketegasan dan keberanian kerana untuk menjadi seorang pemimpin kita perlu berani dan tegas `stern'!
Bagi sya untuk memuaskan hati semua orang memanglah mustahil tetapi sekurang-kurangnya PM telah berjaya memuaskan hati ramai orang berbanding yg tidak puas hati! Mereka ini ditambah pula terlalu terpengaruh dengan propaganda dan cerita-cerita palsu (tiada bukti) maka dapatlah Kelantan, P.Pinang dan Selangor kepada pembangkang! Bagi sya mana-mana individu (terutamanya kakitangan kerajaan) yang tidak puas hati dengan kerjaan BN sekarang boleh la muhasabah diri dan merenung kembali apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan sehinga terlalu membenci BN? Apakah kesalahan yg telah dilakukan sehinga begitu taksub menyokong pembangkang? Jika terlalu mengharapkan harga kereta turun sedarkah mereka jika harga kereta turun bagaimana pula harga kereta terpakai (yang sedang mereka pakai sekarang sudah pasti turun juga)? Bukankah sama saja? Apa yang penting jadilah manusia yang rasional, sentiasa bersyukur dan boleh berfikir (fikiran yang positif) kerana jika mereka mahu berfikir yang positif in sha Allah mereka akan tersedar. Bagi kakitangan kerjaan pula fikirkanlah gaji yang telah diterima dan kemana hasil itu dibawa (sebahagiannya menggunakan untuk menampung keluarga dan beribadat) jika dirasakan kerajaan tidak betul ayoh jangan terima gaji tersebut dan lebih elok jika mereka berhenti saja dari bekerja dengan kerajaan sebaliknya kerja sajalah dengan kerajaan yang baik, betul, bagus dan sebagainya yang dikatakan baik-baik itu.
Oleh yang demikian sya amat berharap YAB DS Najib dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan jitu dalam membawa negara kita kearah kejayaan dan kecemerlangan yang lebih baik dari sebelum ini. Sya juga amat mengharapkan agar YAB PM lebih tegas dan perbanyakkan program-program kesedaran terutamanya ganerasi muda masa kini kerana zaman sya dahulu (semasa sya dalam form six) ada kursus BTN di sekolah dan sya harap itu lebih baik dijalankan semula terutamanya yang tinggal di asrama sekurang-kurangnya mereka akan dapat lebih maklumat dari saluran yang betul. Sya juga amat berharap lebih banyak peruntukan disalurkan kepada sekolah-sekolah kerajaan sama seperi peruntukan kepada sekolah-sekolah bantuan kerajaan (sjkc dan mubaligh) kerana sekolah-sekolah ini sudah mewah dan mempunyai dana yang cukup besar (hasil dari kutipan PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah) manakala sekolah-sekolah kerajaan masih banyak lagi terdapat kekurangannya. Disamping itu perbanyakkan lagi sekolah-sekolah baru, ini adalah bagi menampung keprluan pertumbuhan penduduk disesuatu kawasan dan ke arah sekolah 1 sessi (harap kerajaan negeri memudahkan proses mengenalpasti tanah yang sesuai dan proses pengambilan tanah)
Semoga Negara Malaysia dibawah kepimpinan YAB DS Najib Abd Razak akan lebih berjaya dan cemerlang bukan saja dimata dunia tetapi yang lebih penting dimata rakyatnya sendiri! Tahniah dan syabas sekali lagi Malaysia!

April 28, 2013

Rasa-rasanya Barisan Nasional Menang!

Bahang kehangatan kempen dari parti-parti yang bertanding dalam pru-13 kali ini semakin hangat ini kerana tarikh mengundi semakin hampir iaitu 5 hb. Mei 2013 bersamaan hari ahad ini. Kelihatan juga parti-parti dari Pakatan Rakyat (Pakatan tidak rasmi kerana berbeza ideologi dan pegangan berpakat hanya untuk pilihanraya hehehe) semakin terdesak dan mengelabah kerana sudah hampir pilihanraya! Hari ini aku betul-betul terpukul kerana apabila terbaca salah seorang calon (bekas askar juga kakitangan kerajaan) dari sebuah negeri selatan tanahair telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua kakitangan kerajaan adalah seperti KERA, Ini adalah kerana calun tersebut menyatakan perasaannya semasa dalam perkhidmatan dulu adalah seperti itu (KERA)! Bagi aku kalau itu perasaannya adalah perasaan dia secara peribadi tetapi jangan pula nak libatkan semua kakitangan kerajaan sebagai KERA pulak ishhhh #%€£¥! Betui la!
Aku rasa kasihan kepada rakan-rakan aku yg dalam perkhidmatan awam yg terlalu beria-ria menyokong pembangkang tetapi tiba-tiba disamakan seperti KERA! Oleh itu sedarlah wahai rakan-rakanku relakah tuan-tuan digelar KERA.? Bagi aku , aku bersyukur apa yang ada keranan inilah rezeki untuk ku seperti yg telah ditakdirkan Allah kepadaku tentang pemimpin tu biarlah mereka menjalankan tugas dan amanah yg telah diberi keranan mereka juga adalah orang yg bijak pandai yg boleh menilai mana baik dan mana tidak dan telah bersedia untuk menanggung segalanya diakhirat kelak! So? Kenapa kita pulak beria nak cakap yg bukan-bukan? Betul ke maklumat yg diterima tu? Adakah bukti-bukti dari kenyataan tersebut? Adakah bukti-bukti tersebut sahih? Jika jawabnya errrrr errrr errrr.... emmm baiklah tak payah!
Ada yg percaya apabila PKR (pakatan rakyat) perintah ada bonus 4 bulan! Aku yakin jika pun PKR perintah takan mampu untuk memberi bonus sebanyak itu ini kerana di empat negeri yg diperintah oleh PKR tak dengar pulak bonus sebanyak itu diperoleh oleh kakitangan negeri berkenaan! Kadang-kadang kesian pun ada apabila memikirkan tahap pemikiran masyarat yg bergini. Bagi parti memerintah (BN) memang banyak telah dilakukan terima kasih dan semoga berjaya lagi kali ini dan harapan aku semoga apabila berjaya teruskan usahah-usaha memartabatkan golongan kakitangan awam yg ada di negara ini kerana hampir 80% masih menyokong BARISAN NASIONAL! Tahniah!

October 10, 2011

BELANJAWAN NEGARA- Terima kasih PM!

Syukur alhamdulilah rasa-rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kita Dtk Seri Najib Tun Abdul Razak atas pembentangan `bajet' beliau pada jumaat lepas. Kerana apa yang dibentangkan merupakan kehendak semua masyarakat di negara ini! Termasuk golongan yang telah bersara!
Terima kasih juga kerana seperti yang saya nyatakan dalam blog ini sebelum pembentangan pada khamis yang lepas didapati banyak yang  memenuhi harapan saya sebagai rakyat biasa. Antaranya kenaikan gaji melalui pelarasan yang akan dibuat bermula pada 1 Jan 2012, Bonus!, perbelanjaan untuk golongan remaja (belia, murid sekolah dan pelajar IPTA/IPTS) kawalan harga (perbanyakan kedai 1 Malaysia), menyediakan peruntukan khas untuk kerja-kerja kecemasan bagi penyelenggaraan sekolah-sekolah yang menghadapi masalah secara tiba-tiba seperti ribut, terbakar tanah runtuh dan lain-lain lagi semuanya adalah untuk faedah seluruh rakyat malaysia!.Tahniah PM kerana berjaya merancang dan merangka bajet yang sebegini rupa kerana dalam merancang untuk faedah ramai penelitian, pemerhatian dan maklumat yang banyak harus dikumpul terlebih dahulu bagi memastikan maklumat yang diterima itu adalah betul dan sahih ini merupakan satu kerja yang amat sukar. Tetapi oleh kerana beliau berjaya melakukan perkara tersebut jelas menunjukan beliau merupakan pemimpin yang teliti, hebat serta realistik. Kerana bukan mudah untuk mentadbir 1 negara terutamanya seperti malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan etnik. Di sini jelas membuktikan bahawa beliau memang layak mempunyai 1 pasukan yang cukup mantap dan berkeupayaan dalam membawa negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju. Syabas dan terima kasih PM!

October 6, 2011

BELANJAWAN NEGARA-Harapan dan impian seorang rakyat biasa

Rasa-rasanya esok insyaallah jika tiada apa-apa YAB Perdana Menteri Dtk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan anggaran belanjawan negara bagi tahun 2012.Memang ramai yang bercakap mengenainya tapi apa yg diharapkan pada belanjawan kali ini ialah kerajaan dapat lebih bertegas dengan mengurangkan kenaikkan harga barang dipasaran!Kerana sejak akhir-akhir ini didapati harga barang telah dinaikkan tanpa kita sedari.Ada rakan menikmati roti canai telor sekeping sampai 2.00!Belum lain-lain lagi.Naik gaji?Memangla itu juga menjadi harapan sya yg terdiri daripada kakitangan kerajaan ni.Kerana didapai terdapat ketidak seragaman antara jabatan dalam pemberian ganjaran dan kenaikkan pangkat.Ada jabatan tidak terlalu lama untuk berada didalam sesuatu gred untuk ke gred seterusnya ada jabatan terpaksa menunggu terlalu lama sehingga 10-15 tahun!Malahan ada jabatan pula membuat pelarasan gaji sehingga 2-3 kali dalam masa 2-3 tahun!Tapi ada jabatan tidak dibuat pelarasan gaji sehingga 10 tahun!Ini juga menyebabkan kita kadang-kadang merasa dipinggirkan tapi mungkin pihak yang berkenaan mempunyai alasan mereka yang tersendiri.Cuma kalau boleh biarlah kakitangan kerajaan (dah nama pun kakitangan kerajaan) sama je semua tiada beza kalu ada beza pun mungkin dari segi penampilan, kelulusan dan elaun-elaun.

Dalam pembentangan belanjawan esok juga adalah diharapkan ada keistimewaan sedikit terhadap pemilik dan bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi!Mungkin kerajaan dapat menghapuskan atau mengenakan sedikit cukai import terhadap kenderaan tersebut termasuk alat sokongannya.Kerana dengan adanya insentif tersebut mungkin ramai yang akan beralih kepada motosikal berkuasa tinggi pulak ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.Kerana statistik menunjukkan kebanyakkan yang mengalami kemalangan jalanraya adalah terdiri daipada penunggang motosikal kecil!
Selain itu adalah diharapkan ada peruntukan bagi penyelenggaraan, ubahsuai dan naik taraf untuk sekolah-sekolah yang sebelum ni ada peruntukan tetapi kini langsung tiada! Kerana saya kesian melihat beberapa sekolah (banyak sebenarnya) tidak dapat dibaikki jika rosak akibat ribut, uzur dan lain-lain hanya semata-mata tiada peruntukan! Kalau boleh, sebelum hujung tahun ini adalah sedikit peruntukan bagi membaikki kerosakan-kerosakan yang berlaku kerana disitulah (di sekolah-sekolah) generasi pelapis dan bakal pemimpin negara dilahirkan maka sewajarnya mereka (murid-murid dan warga sekolah) diberi perhatian yang sepatutnya.
Akhirnya sya berharap semoga belanjawan pada kali ini lebih segar dan memberi banyak keistimewaan kepada golongan pelajar, keluarga besar, miskin dan penduduk luar bandar.

March 2, 2011

RIDE TO MERLIMAU MELAKA!

Menunggu YB Menteri Besar Perak untuk melepaskan peserta konvoi

Bersama Pengarah Rela Perak menikmati sarapan pagi di rumah Menteri Besar Perak

Peserta konvoi sedang bersiap untuk upacara pelepasan oleh YB Menteri Besar

Peserta konvoi sedang bersiap untuk upacara pelepasan oleh YB Menteri Besar

Peserta DZ BIKERS sedang menunggu


Pada minggu lepas seramai 12 orang dari group DZ BIKERS telah berkonvoi sambil mengiringi budak-budak moto kapcai dan RXZ ke Merlimau Melaka.Fulamak yop memang penat rasanya sebab kebanyakan peserta (budak-budak kapcai) tidak diberi taklimat tentang cara-cara berkonvoi dengan betul! Maka berterabur la budak-budak ni dari awal hingga la ke RnR Ulu Bernam!Malahan ada pulak motosikal mereka yang tidak diselenggara awal sebelum berkonvoi maka banyakla moto yang rosak di tengah jalan hingga terpaksa dinaikkan ke atas hilux hahaha.Ada 1 moto tu lansung tak ada brek belakang! pelik memang pelik. Harapannya di lain masa jika hendak mengadakan konvoi minta pihak penganjur (ntah sape ntah) dapat membuat persediaan dan pesiapan yang rapi bagi mengelak sebarang maslah sepanjang perjalanan demi menjaga keselamatan peserta konvoi!
Kami dari DZ BIKERS memang `well prepare' sebab tu tengok la jaket, glove helmet dan moto semua tip top! kadang-kadang kesian gak kat bebudak tu tp apa boleh buat sebab kami pun atas jemputan.Tapi pengalaman yang takdapat dilupakan ialah perjalanan sepatutnya cepat jadi lambat tambahan pula hujan ditengah perjalanan amat lebat sehingga terpaksa berhenti dan berteduh di stesen Petronas!Nasib baik ada plak milo panas kat situ!Terima kasih kepada pengurus stesen petronas yang telah menyediakan air milo panas kepada para pengguna leburaya yang berhenti di stesen tersebut!

January 3, 2011

`LOST WORLD OF TAMBUN'

Pada cuti persekolahan yang lepas saya telah membawa keluarga ke salah 1 tempat yang rasa-rasanya menarik yang terdapat di Perak iaitu `Lost World of Tambun' tetapi malangnya anak-anak yang memakai `track bottom' tidak dibenarkan untuk menggunakan kebanyakan kemudahan air yang terdapat disitu!!!Apa yang mereka boleh hanyalah mandi di kawasan terusan dan tempat kanak-kanak.Ini menyebabkan keseronokan yang dibayangkan sebelum ke situ menjadi kecewa dihati mereka.Apala punya pihak pengurusan budak-budak yang telah biasa dididik untuk menggunakan `track bottom' di sekolah tetapi bila mandi disuruh menggunakan seluar ketat `tide' mana mereka mau! Seolah-olah kita berada di negara lain dari Malaysia pulak sedangkan bagi saya sebagai ibu bapa memadailah hanya memakai `track bottom' saja kerana pergi kesana bukan untuk menyertai pertandingan berenang pun.Lagi 1 kita masuk ke situ bukan percuma tetqpi bayar!!!
Satu lagi disitu juga terdapat banyak `booth' yang menyediakan permainan seakan-akan `fun-fair' yang menggalakkan pengunjung mencuba nasib bagi mendapatkan hadiah.Rasa-rasanya tak lama lagi tempat ini akan menjadi kawasan eksklusif bagi golongan yang suka kepada pakaian ketat dan terbuka serta mereka yang gemar kepada aktiviti mencuba nasib!!! Tahniah!!!
Bagi diri saya insyaallah jika sistem di tempat ini tidak berubah terutamanya dari segi tatacara berpakaian untuk para pengunjungnya sudah pasti saya tidak akan datang lagi ke situ walaupun saya adalah anak jati negeri Perak bumi bertuah ini. Sudahla bayaran masuk dan harga makanannya mahal terpaksa pulak memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk badan untuk mengunjunginya.

December 20, 2010

`GEGOR MANJUNG BIKE WEEK'

Pada 11-13 hb. disember 2010 yang lalu Bandar Lumut di Manjung telah digegarkan dengan deruman enjin motosikal berkuasa besar sempena program `Manjung Bike Week. Dalam program tersebut kira-kira 532 buah motosikal telah mengambil bahagian. Kehadiran pemilik motosikal besar ini telah menunjukkan semangat persaudaraan yang tinggi dikalangan mereka.

Berlatarbelakangkan Marina Island
 Malahan kehadiran kira-kira 53 buah motosikal berkuasa besar dari Singapura turut memeriahkan progam tersebut.
Rekod baru Malaysia berjaya dicipta disaksikan Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha
 Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka, kutipan amal untuk rumah anak yatim dan orang tua. Makan malam, makan tengahari, lawatan di Pangkalan TLDM dan pelbagai lagi.
Berehat selepas melawat kapal di PURNAMA TLDM

`BIG BIKE OWNER'
Akhir kata tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan J/kuasa Pengelola `GEGOR MANJUNG BIKE WEEK' Semoga akan ada lagi program seumpamanya pada masa-masa akan datang.