Bagi saya cadangan ini amat baik dan bagus sekali. Tetapi rasa-rasanya cadangan ini telah pun dilaksanakan sejak dulu lagi cuma dari segi perlaksanaannya yang agak kurang berkesan.!!! dimana silapnya hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu. Bagi bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman, percayalah bekerja sebagai guru di kawasan-kawasan tersebut amat seronok sekali ini kerana disamping mendapat elaun kesusuhan (yang tidak diperolehi oleh guru-guru luar bandar) mereka juga akan lebih mengenali ibu/bapa murid berbanding jika mengajar di bandar. Disamping itu, suasana di persekitaran tempat kerja juga tenang dan terkawal. Malahan tahap disiplin murid-murid juga agak terkawal berbanding dengan murid-murid di bandar (tidak semua).
Oleh itu pesan saya jika cikgu-cikgu yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman bersyukurlah kerana cikgu-cikgu telah terpilih untuk menikmati satu pengalaman yang mencabar dan menarik. Manakala bagi yang rasa tidak suka dan tidak sanggup menerima cabaran, bagi saya baik lah cikgu-cikgu letak saja jawatan dan padamkan saja niat untuk memilih kerjaya sebagai guru. Kerana guru adalah merupakan seorang insan yang sanggup menerima cabaran, bertanggungjawab, tabah, sabar dan suka kepada murid-muridnya.
March 9, 2010
GURU BARU DIHANTAR KE KAWASAN LUAR BANDAR!!!!!!!!!
Malahan guru juga adalah sumber inspirasi murid-muridnya tanpa guru-guru menyedari perkara tersebut. Akhir kata tahiah dan syabas kepada semua bakal-bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah dipilih atau terpilih.
Posted by kawasaki at 10:15 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)