BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

April 28, 2013

Rasa-rasanya Barisan Nasional Menang!

Bahang kehangatan kempen dari parti-parti yang bertanding dalam pru-13 kali ini semakin hangat ini kerana tarikh mengundi semakin hampir iaitu 5 hb. Mei 2013 bersamaan hari ahad ini. Kelihatan juga parti-parti dari Pakatan Rakyat (Pakatan tidak rasmi kerana berbeza ideologi dan pegangan berpakat hanya untuk pilihanraya hehehe) semakin terdesak dan mengelabah kerana sudah hampir pilihanraya! Hari ini aku betul-betul terpukul kerana apabila terbaca salah seorang calon (bekas askar juga kakitangan kerajaan) dari sebuah negeri selatan tanahair telah mengeluarkan kenyataan bahawa semua kakitangan kerajaan adalah seperti KERA, Ini adalah kerana calun tersebut menyatakan perasaannya semasa dalam perkhidmatan dulu adalah seperti itu (KERA)! Bagi aku kalau itu perasaannya adalah perasaan dia secara peribadi tetapi jangan pula nak libatkan semua kakitangan kerajaan sebagai KERA pulak ishhhh #%€£¥! Betui la!
Aku rasa kasihan kepada rakan-rakan aku yg dalam perkhidmatan awam yg terlalu beria-ria menyokong pembangkang tetapi tiba-tiba disamakan seperti KERA! Oleh itu sedarlah wahai rakan-rakanku relakah tuan-tuan digelar KERA.? Bagi aku , aku bersyukur apa yang ada keranan inilah rezeki untuk ku seperti yg telah ditakdirkan Allah kepadaku tentang pemimpin tu biarlah mereka menjalankan tugas dan amanah yg telah diberi keranan mereka juga adalah orang yg bijak pandai yg boleh menilai mana baik dan mana tidak dan telah bersedia untuk menanggung segalanya diakhirat kelak! So? Kenapa kita pulak beria nak cakap yg bukan-bukan? Betul ke maklumat yg diterima tu? Adakah bukti-bukti dari kenyataan tersebut? Adakah bukti-bukti tersebut sahih? Jika jawabnya errrrr errrr errrr.... emmm baiklah tak payah!
Ada yg percaya apabila PKR (pakatan rakyat) perintah ada bonus 4 bulan! Aku yakin jika pun PKR perintah takan mampu untuk memberi bonus sebanyak itu ini kerana di empat negeri yg diperintah oleh PKR tak dengar pulak bonus sebanyak itu diperoleh oleh kakitangan negeri berkenaan! Kadang-kadang kesian pun ada apabila memikirkan tahap pemikiran masyarat yg bergini. Bagi parti memerintah (BN) memang banyak telah dilakukan terima kasih dan semoga berjaya lagi kali ini dan harapan aku semoga apabila berjaya teruskan usahah-usaha memartabatkan golongan kakitangan awam yg ada di negara ini kerana hampir 80% masih menyokong BARISAN NASIONAL! Tahniah!