BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

October 6, 2011

BELANJAWAN NEGARA-Harapan dan impian seorang rakyat biasa

Rasa-rasanya esok insyaallah jika tiada apa-apa YAB Perdana Menteri Dtk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan anggaran belanjawan negara bagi tahun 2012.Memang ramai yang bercakap mengenainya tapi apa yg diharapkan pada belanjawan kali ini ialah kerajaan dapat lebih bertegas dengan mengurangkan kenaikkan harga barang dipasaran!Kerana sejak akhir-akhir ini didapati harga barang telah dinaikkan tanpa kita sedari.Ada rakan menikmati roti canai telor sekeping sampai 2.00!Belum lain-lain lagi.Naik gaji?Memangla itu juga menjadi harapan sya yg terdiri daripada kakitangan kerajaan ni.Kerana didapai terdapat ketidak seragaman antara jabatan dalam pemberian ganjaran dan kenaikkan pangkat.Ada jabatan tidak terlalu lama untuk berada didalam sesuatu gred untuk ke gred seterusnya ada jabatan terpaksa menunggu terlalu lama sehingga 10-15 tahun!Malahan ada jabatan pula membuat pelarasan gaji sehingga 2-3 kali dalam masa 2-3 tahun!Tapi ada jabatan tidak dibuat pelarasan gaji sehingga 10 tahun!Ini juga menyebabkan kita kadang-kadang merasa dipinggirkan tapi mungkin pihak yang berkenaan mempunyai alasan mereka yang tersendiri.Cuma kalau boleh biarlah kakitangan kerajaan (dah nama pun kakitangan kerajaan) sama je semua tiada beza kalu ada beza pun mungkin dari segi penampilan, kelulusan dan elaun-elaun.

Dalam pembentangan belanjawan esok juga adalah diharapkan ada keistimewaan sedikit terhadap pemilik dan bakal pemilik motosikal berkuasa tinggi!Mungkin kerajaan dapat menghapuskan atau mengenakan sedikit cukai import terhadap kenderaan tersebut termasuk alat sokongannya.Kerana dengan adanya insentif tersebut mungkin ramai yang akan beralih kepada motosikal berkuasa tinggi pulak ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan kadar kemalangan jalanraya.Kerana statistik menunjukkan kebanyakkan yang mengalami kemalangan jalanraya adalah terdiri daipada penunggang motosikal kecil!
Selain itu adalah diharapkan ada peruntukan bagi penyelenggaraan, ubahsuai dan naik taraf untuk sekolah-sekolah yang sebelum ni ada peruntukan tetapi kini langsung tiada! Kerana saya kesian melihat beberapa sekolah (banyak sebenarnya) tidak dapat dibaikki jika rosak akibat ribut, uzur dan lain-lain hanya semata-mata tiada peruntukan! Kalau boleh, sebelum hujung tahun ini adalah sedikit peruntukan bagi membaikki kerosakan-kerosakan yang berlaku kerana disitulah (di sekolah-sekolah) generasi pelapis dan bakal pemimpin negara dilahirkan maka sewajarnya mereka (murid-murid dan warga sekolah) diberi perhatian yang sepatutnya.
Akhirnya sya berharap semoga belanjawan pada kali ini lebih segar dan memberi banyak keistimewaan kepada golongan pelajar, keluarga besar, miskin dan penduduk luar bandar.