Rasa-rasanya orang yang membuat iklan tentang penunggang motosikal besar berhenti di bawah jambatan pada waktu hujan disatu jalanraya tidak memikirkan tentang perasaan penunggang motosikal besar yang sebenar. Ini berlaku kepada diri saya sendiri semalam sewaktu balik dari KL dengan menggunakan lebuhraya utara selatan berlaku hujan dari sungkai ke bidor. Oleh kerana tidak mahu nanti diketawakan oleh pengguna kereta yang lalu (walaupun tidak ramai yang akan berbuat demikian kerana mereka faham masalah kami) maka saya tidak sanggup untuk berhenti di tiga tempat teduh yang disediakan (bawah jambatan) tetapi sebaliknya saya sanggup meredah hujan yang lebat sehingga tiba di hentian bidor.
Rasa-rasanya untuk masa akan datang penerbit berkenaan jika hendak membuat sesuatu iklan fikirlah juga kesannya kepada orang lain. Saya rasa adalah lebih sesuai jika pengguna motosikal kecil dijadikan model. Kerana yang banyak berlaku kemalangan dijalanraya adalah terdiri daripada pemilik motosikal jenis tersebut. Tetapi walaubagaimanapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna kenderaan lain yang apabila menyedari penunggang motosikal besar berada dibelakang mereka, secara automatik memberi laluan kepada kami. Ini bukan apa tetapi kerana kami menunggang dalam keadaan agak laju dan jika tuan/puan tidak memberi ruang kepada kami ini akan menyebabkan perjalanan kami sedikit terganggu. Terima kasih sekali lagi............
October 12, 2009
Di Dalam Hujan
Posted by kawasaki at 11:30 AM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)