BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

October 28, 2009

RIDE KE KL BIKE WEEK & SEPANG











Sabtu 24/10/2009




Seperti yang dirancang DZ BIKERS telah berkumpul di Gerai Din Canai untuk bersarapan sebelum bergerak ke KL. Tapi yang mengejutkan `Bro Saari' pun ada!! Rupa-rupanya dia telah mendapat kebenaran dari `Boss' pada malam sebelumnya untuk mengikuti program ini. akhirnya kami selamat tiba di Bukit Kiara untuk menyertai KL BIKE WEEK walaupun ada sedikit `miscomunication'. Cuma sedikit terkilan kerana tidak ramai kumpulan `Sportbike' yang hadir. Kehadiran banyak didominasi oleh kumpulan `Easyride', klasik dan skuter.
Selepas makan dan cuci moto kita ramai-ramai bergerak ke Sepang untuk melihat-lihat `Booth' yang terdapat di sana. Mak ai!!! barang-barang eksesori punyala mahal!!! tapi bagi orang-orang yang berkemampuan memangla tak kesah. Jika dibandingkan kedua-dua tempat tersebut masing-masing ada pengikutnya yang tersendiri.
Satu lagi, tiada cenderamata untuk bikers yang hadir. Kalau dulu semasa di MATIC Ampang sekurang-kurangnya adala sedikit cenderamata kepada sesiapa yang mendaftar di kaunter. Barang-barang jualan pun agak murah berbanding kali ini.
My email: kawasakibdr5000@gmail.com