Menurut apa yang saya baca (suratkhabar hari ini) dan lihat Buletin utama semalam UITM sediakan tempat untuk 100,000 pelajar tahun ini. Jika benarlah apa yang saya lihat dan dengar tahniah saya ucapkan kepada pihak pentadbiran UITM!!!! Ini kerana bagi saya UITM adalah tempat dan peluang bagi pelajar-pelajar melayu dan bumiputra untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kerana saya sendiri adalah merupakan bekas pelajar Universiti tersebut yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (86-90). Pada masa itu jumlah kami pelajar ITM keseluruhannya di seluruh negara hanyalah seramai lebih kurang 30.000 orang. Di ITM shah alam sahaja ada kira-kira 11.000 orang (maklumat diperolehi semasa majlis orientasi diadakan.) Semasa program tersebut juga pihak ITM telah menjemput penceramah dan salah seorang darinya ialah Datok Saleh Majid yang pada masa itu merupakan orang kuat BSKL. Dalam majlis itu beliau menceritakan bagaimana pada masa beliau menjadi pelajar dulu ada senior-senior yang gayanya seperti `pirate' yang ada burung di atas bahu mereka!!! Tapi itu dulu kini zaman berubah dan ITM sudah bertukar UITM malahan kualiti pelajarnya juga semakin bertambah baik.Tahniah dan syabas ITM/UITM semoga menjadi sebuah pusat pengajian yang unggul pada masa akan datang. ADFME 86-90
January 26, 2010
Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Ismail
Rasa-rasanya individu yang menulis sesuatu yang nagetif terhadap almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana baginda tuanku telah mangkat jadi seharusnya kita sebagai rakyat biasa mendoakan semoga roh baginda sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Saya hairan kerana bagi saya sendiri yang telah melebihi 40 tahun hidup di dunia ini rasa-rasanya tidak terlintas difikiran untuk menulis perkara-perkara yang sedemikian. Ini bukan kerana apa tetapi adalah kerana saya telah diajar supaya menghormati ibu bapa sejak dari kecil. Bagi saya walaupun saya tidak pernah berjumpa almarhum cuma sekadar melihat dan mendengar perkara-perkara mengenai almarhum dari jauh melalui tv, radio dan suratkhabar tetapi saya amat kagum dan menghormati baginda. Mungkin disebabkan ajaran dan didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa saya sejak kecil supaya menghormati orang yang lebih tua terutamanya pemimpin-pemimpin dan sultan.
Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, sultan adalah merupakan payung kepada sesbuah negeri terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan Adat Istiadat, Agama Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem raja berpelembagaan. Oleh yang demikian insaf dan sedarlah wahai individu yang berkenaan jangan lah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain. Kerna perbuatan tersebut hanya kan merugikan diri sendiri dan merosakkan nama baik ibu bapa anda sahaja.Malahan mungkin juga negeri asal saudara juga akan terasa malunya kerana mempunyai individu seperti andaSekian wasalam.
Posted by kawasaki at 8:32 AM 2 comments