Rasa-rasanya individu yang menulis sesuatu yang nagetif terhadap almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana baginda tuanku telah mangkat jadi seharusnya kita sebagai rakyat biasa mendoakan semoga roh baginda sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Saya hairan kerana bagi saya sendiri yang telah melebihi 40 tahun hidup di dunia ini rasa-rasanya tidak terlintas difikiran untuk menulis perkara-perkara yang sedemikian. Ini bukan kerana apa tetapi adalah kerana saya telah diajar supaya menghormati ibu bapa sejak dari kecil. Bagi saya walaupun saya tidak pernah berjumpa almarhum cuma sekadar melihat dan mendengar perkara-perkara mengenai almarhum dari jauh melalui tv, radio dan suratkhabar tetapi saya amat kagum dan menghormati baginda. Mungkin disebabkan ajaran dan didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa saya sejak kecil supaya menghormati orang yang lebih tua terutamanya pemimpin-pemimpin dan sultan.
Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, sultan adalah merupakan payung kepada sesbuah negeri terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan Adat Istiadat, Agama Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem raja berpelembagaan. Oleh yang demikian insaf dan sedarlah wahai individu yang berkenaan jangan lah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain. Kerna perbuatan tersebut hanya kan merugikan diri sendiri dan merosakkan nama baik ibu bapa anda sahaja.Malahan mungkin juga negeri asal saudara juga akan terasa malunya kerana mempunyai individu seperti andaSekian wasalam.
January 26, 2010
Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Ismail
Posted by kawasaki at 8:32 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
pada hemat saya...rasa rasanya org sedemikian harus dihukum termasuk ibubapanya yg kurang ajar anaknya kerna terlebih ajar jadi manusia yg bertopengkan iblis dan syaitan...harus di ingat kita hanya menumpang di bumi ALLAH s.w.t. ini bersifat sementara...apa kata kalau ibubapa dia yg meninggal kita gunakan ayat yg sama... boleh kah dia menerima...tpi awak pun tak berani nak koming bnyak2 hal ini biarlah pihak yg berkenaan membuat tindakan atas kecelupuran mulut yg dia buat sendiri..wallahu'alam...
ok bro kita tunggu tindakan pihak berwajib.Setakat ni yang disiarkan diakhbar akan didenda RM50.000!
Post a Comment