Syukur alhamdulilah rasa-rasanya tidak terlambat untuk saya mengucapkan syukur dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kita Dtk Seri Najib Tun Abdul Razak atas pembentangan `bajet' beliau pada jumaat lepas. Kerana apa yang dibentangkan merupakan kehendak semua masyarakat di negara ini! Termasuk golongan yang telah bersara!
Terima kasih juga kerana seperti yang saya nyatakan dalam blog ini sebelum pembentangan pada khamis yang lepas didapati banyak yang memenuhi harapan saya sebagai rakyat biasa. Antaranya kenaikan gaji melalui pelarasan yang akan dibuat bermula pada 1 Jan 2012, Bonus!, perbelanjaan untuk golongan remaja (belia, murid sekolah dan pelajar IPTA/IPTS) kawalan harga (perbanyakan kedai 1 Malaysia), menyediakan peruntukan khas untuk kerja-kerja kecemasan bagi penyelenggaraan sekolah-sekolah yang menghadapi masalah secara tiba-tiba seperti ribut, terbakar tanah runtuh dan lain-lain lagi semuanya adalah untuk faedah seluruh rakyat malaysia!.Tahniah PM kerana berjaya merancang dan merangka bajet yang sebegini rupa kerana dalam merancang untuk faedah ramai penelitian, pemerhatian dan maklumat yang banyak harus dikumpul terlebih dahulu bagi memastikan maklumat yang diterima itu adalah betul dan sahih ini merupakan satu kerja yang amat sukar. Tetapi oleh kerana beliau berjaya melakukan perkara tersebut jelas menunjukan beliau merupakan pemimpin yang teliti, hebat serta realistik. Kerana bukan mudah untuk mentadbir 1 negara terutamanya seperti malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan etnik. Di sini jelas membuktikan bahawa beliau memang layak mempunyai 1 pasukan yang cukup mantap dan berkeupayaan dalam membawa negara kita ke arah negara berpendapatan tinggi dan maju. Syabas dan terima kasih PM!
October 10, 2011
BELANJAWAN NEGARA- Terima kasih PM!
Posted by kawasaki at 1:27 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)