BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

October 19, 2009

TUNGGU


Rasa-rasanya tengah tunggu oder nak minum. Bro belakang tu nampak ok lagi tapi kalu lambat oder datang siap la........

RIDE KE MANJUNG

Rasa-rasanya tidak terlewat lagi nak ucapkan TAHNIAH kepada Tn. Hj Manaf dari Manjung Bikers yang telah selesai menguruskan Majlis Walimatulurus anaknya pada 17/10/2009 lepas. Kami dari DZ BIKERS telah disambut oleh wakil-wakil dari Manjung Bikers dengan cenderahati berupa Skaf MBC. Tkasih daun keladi En. Adi.!
Selesai majlis kami terus ke Teluk Batik pekena air kelapa dan keledek goreng sambil sembang-sembang termasuk program ke GP minggu depan!! Insyaallah jika tiada halangan DZ BIKERS akan ke Sepang sama-sama p tengok moto. Tak kira la moto racing ka mato kawan-kawan ka sebab yang datang tu mesti orang yang suka moto.

DEEPAVALI DEEPAVALI

Rasa-rasanya tak ramai orang india yang beragama hindu menyambut hari kebesaran mereka dengan memasang radio kuat-kuat (sambil menari-nari) hingga menjadikan rumah mereka seperti sebuah disko selepas pukul 12.00 tegah malam. Tetapi ini yang berlaku di taman perumahan tempat saya tinggal!!!. Tetapi apa yang peliknya setelah pihak polis datang (mungkin ada penduduk yang menghubungi kot) untuk memantau perkara tersebut kerana ia boleh dikatakan menggangu ketenteraman awam (kerana telah lewat malam) keadaan yang sama tetap berlaku!!! Taktau dimana silapnya sehingga dua kali anggota polis yang datang menggunakan kereta peronda keadaan tetap tidak berubah.!!! Cuma HARAPAN KITA kejadian yang berlaku tiga malam berturut-turut ini adalah kes yang terpencil dalam usaha kerajaan kita untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.' Kepada semua rakan-rakan saya yang beragama hindu `SELAMAT HARI DEEPAVALI'!