Rasa-rasanya tak ramai orang india yang beragama hindu menyambut hari kebesaran mereka dengan memasang radio kuat-kuat (sambil menari-nari) hingga menjadikan rumah mereka seperti sebuah disko selepas pukul 12.00 tegah malam. Tetapi ini yang berlaku di taman perumahan tempat saya tinggal!!!. Tetapi apa yang peliknya setelah pihak polis datang (mungkin ada penduduk yang menghubungi kot) untuk memantau perkara tersebut kerana ia boleh dikatakan menggangu ketenteraman awam (kerana telah lewat malam) keadaan yang sama tetap berlaku!!! Taktau dimana silapnya sehingga dua kali anggota polis yang datang menggunakan kereta peronda keadaan tetap tidak berubah.!!! Cuma HARAPAN KITA kejadian yang berlaku tiga malam berturut-turut ini adalah kes yang terpencil dalam usaha kerajaan kita untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.' Kepada semua rakan-rakan saya yang beragama hindu `SELAMAT HARI DEEPAVALI'!
October 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment