BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 6, 2010

BULAN PENUH MAKNA..!!!!!!!!!!!!!

Salam 1 Malaysia...!!!!!!!!
Bulan ni merupakan bulan penuh makna bagi semua golongan pendidik khususnya guru-guru yang mengajar di sekolah dan `Guru-guru' yang berada di luar sana yang telah memberi ilmu secara tidak formal kepada semua manusia. Seperti ibubapa,ustaz-ustaz,penceramah,polis (sebab itu ada setengah orang dulu memanggil mereka `cikgu') dan lain-lain yang telah memberi didikan dan ilmu yang baru kepada manusia di negara ini.
Kerana dalam bulan inilah iaitu pada 16 hb Mei seluruh negara akan meraikan `Hari Guru' iaitu hari dimana kita semua akan mengenang dan mengigati kembali individu-individu yang pernah mengajar kita sesuatu yang baru dalam kita menjalani kehidupan ini. Walaupun secara rasminya kita biasa meraikan guru-guru di sekolah tetapi bagi saya adalah lebih baik kita juga meraikan orang-orang yang telah banyak mengajar kita dalam menjdikan kita sehingga ke tahap ini.
Sebab itu bagi saya, hanya individu yang tersalah ajar atau yang kurang ajar sahaja akan bersikap lebih ke arah nagetif kerana dalam dunia ini tidak ada orang yang akan memberi pengajaran dalam bentuk nagetif. Jika berlaku juga perlakuan-perlakuan nagetif bermakna orang itu tidak mendapat pelajaran @ ilmu dari orang yang betul. Oleh yang demikian, sempena bulan yang penuh nostalgia tentang guru-guru kita ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan mengigati kembali ajaran-ajaran yang telah diajar oleh guru-guru kita dahulu bagi meningkatkan lagi prestasi kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang.
Melalui blog ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menjar dan membimbing saya sehingga saya boleh hidup dengan baik sehingga kini. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!