Pada cuti persekolahan yang lepas saya telah membawa keluarga ke salah 1 tempat yang rasa-rasanya menarik yang terdapat di Perak iaitu `Lost World of Tambun' tetapi malangnya anak-anak yang memakai `track bottom' tidak dibenarkan untuk menggunakan kebanyakan kemudahan air yang terdapat disitu!!!Apa yang mereka boleh hanyalah mandi di kawasan terusan dan tempat kanak-kanak.Ini menyebabkan keseronokan yang dibayangkan sebelum ke situ menjadi kecewa dihati mereka.Apala punya pihak pengurusan budak-budak yang telah biasa dididik untuk menggunakan `track bottom' di sekolah tetapi bila mandi disuruh menggunakan seluar ketat `tide' mana mereka mau! Seolah-olah kita berada di negara lain dari Malaysia pulak sedangkan bagi saya sebagai ibu bapa memadailah hanya memakai `track bottom' saja kerana pergi kesana bukan untuk menyertai pertandingan berenang pun.Lagi 1 kita masuk ke situ bukan percuma tetqpi bayar!!!
Satu lagi disitu juga terdapat banyak `booth' yang menyediakan permainan seakan-akan `fun-fair' yang menggalakkan pengunjung mencuba nasib bagi mendapatkan hadiah.Rasa-rasanya tak lama lagi tempat ini akan menjadi kawasan eksklusif bagi golongan yang suka kepada pakaian ketat dan terbuka serta mereka yang gemar kepada aktiviti mencuba nasib!!! Tahniah!!!
Bagi diri saya insyaallah jika sistem di tempat ini tidak berubah terutamanya dari segi tatacara berpakaian untuk para pengunjungnya sudah pasti saya tidak akan datang lagi ke situ walaupun saya adalah anak jati negeri Perak bumi bertuah ini. Sudahla bayaran masuk dan harga makanannya mahal terpaksa pulak memakai seluar ketat yang menampakkan bentuk badan untuk mengunjunginya.
January 3, 2011
`LOST WORLD OF TAMBUN'
Posted by kawasaki at 4:19 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment