BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

December 20, 2010

`GEGOR MANJUNG BIKE WEEK'

Pada 11-13 hb. disember 2010 yang lalu Bandar Lumut di Manjung telah digegarkan dengan deruman enjin motosikal berkuasa besar sempena program `Manjung Bike Week. Dalam program tersebut kira-kira 532 buah motosikal telah mengambil bahagian. Kehadiran pemilik motosikal besar ini telah menunjukkan semangat persaudaraan yang tinggi dikalangan mereka.

Berlatarbelakangkan Marina Island
 Malahan kehadiran kira-kira 53 buah motosikal berkuasa besar dari Singapura turut memeriahkan progam tersebut.
Rekod baru Malaysia berjaya dicipta disaksikan Menteri Pengangkutan DS Kong Cho Ha
 Program yang berjalan selama 3 hari 2 malam itu dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya sukaneka, kutipan amal untuk rumah anak yatim dan orang tua. Makan malam, makan tengahari, lawatan di Pangkalan TLDM dan pelbagai lagi.
Berehat selepas melawat kapal di PURNAMA TLDM

`BIG BIKE OWNER'
Akhir kata tahniah dan syabas kepada Pengerusi dan J/kuasa Pengelola `GEGOR MANJUNG BIKE WEEK' Semoga akan ada lagi program seumpamanya pada masa-masa akan datang.

September 20, 2010

Tahniah PPD Manjung.



Penolong PPD P&B turut sama menyertai konvoi tersebut.
Pada 30 Ogos 2010 yang lalu Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Manjung telah mengadakan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Daerah. Program telah dirancang bersama-sama Pihak Ibupejabat Polis Daerah Manjung.Antara aktivitinya ialah dengan mengadakan Konvoi Kemerdekaan dengan disertai oleh 53 buah kereta yang terdiri daripada warga pendidikan seluruh daerah Manjung. Konvoi juga disertai oleh beberapa buah motosikal besar yang berminat untuk turut sama memeriahkan program tersebut (Berita penuh rujuk portal PPD Manjung). Program ini adalah ilham dari Tn. Pegawai Pelajaran Daerah sendiri untuk menyemai rasa cintakan negara di samping menanam minat pelajar supaya sentiasa mengigati hari yang bersejarah dalam negara ini.

June 22, 2010

KURSUS PENGURUSAN & PERUNDANGAN TANAH BAGI ZON TENGAH KPM

Pada 28 hingga 1 Julai ini insyaallah saya akan menghadiri kursus Pengurusan & Perundangan Tanah bagi Negeri-Negeri Zon Tengah Oleh Bhg. Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia bertempat di The Orient Star Resort Lumut. Tapi yela oleh kerana saya dari derah ini (Manjung) maka saya tidak layak diberi tempat penginapan seperti peserta-peserta dari tempat lain.! Ini kerana langkah berjimat cermat yang sedang kerajaan kita laksanakan waktu ini. Walaubagaimanapun insyaallah saya akan turut serta sekiranaya tiada apa yang menghalang.

May 24, 2010

TERIMA KASIH DS Dr Ahmad Zahid !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Pada malam jumaat lepas 21/5/2010 bertempat di Dewan SM Sains Bagan Datoh telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh dengan dirasmikan oleh YB DS Dr Ahmad Zahid Hj. Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Walaupun ianya merupakan majlis bagi meraikan guru-guru yang mengajar di parlimen Bagan Datoh, pihak jawatankuasa juga tidak lupa menjemput guru-guru yang pernah mengajar di kawasan parlimen sebelum ini tetapi telah bertugas di tempat lain. Ini termasuklah bekas PPD Hilir Perak yang kini telah bertugas di Manjung, Termasuk juga saya yang dulunya pernah bertugas di SMK Tun Abdul Razak. Selekoh dan SMK Seri Perkasa kini telah bertukar ke Manjung. Malahan guru-guru yang telah pencen juga turut diraikan hinggakan pada penilaian saya mereka ini lebih gembira kerana mereka telah diberi  ole-ole setiap seorang oleh YB DS Dr Ahmad Zahid Hj. Hamidi di malam tersebut. Ini secara lansung memberi kenangan yang amat bermakna kepada mereka yang telah bersara. Apa yang amat mengharukan YB DS Dr telah menaja bekas guru beliau untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Ini secara tidak lansung telah mengambarkan ras terima kasih beliau terhadap semua golongan guru yang berada di kawasan parlimen Bagan Datoh. Malam itu juga beliau telah menerangkan tentang pembangunan pendidikan yang akan berlaku di kawasan parlimen Bagan Datoh pada masa akan datang. Ini menjadikan Bagan Datoh sebagai salah satu pusat kecemerlangan pendidikan sedikit masa lagi. Apa yang lebih diharapkan oleh golongan pendidik di sini ialah pembelaan yang tidak berbelah bagi dari pihak YB DS Dr dalam memastikan agenda pendidikan dapat dilaksanakan tanpa halangan dan rintangan dari pihak-pihak tertentu yang suka mengmbil kesempatan terhadap kelembutan hati guru-guru di sekolah. Kerana dalam memberi pendidikan dan memperbaikki sahsiah murid-murid untuk menjadikan mereka seorang insan yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan masyarakat, terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru. Oleh yang demikian apa yang amat diperlukan ialah sokongan dari i/bapa dan pemimpin setempat supaya guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan amat berkesan. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!!!!  GURU PEMBINA NAGARA BANGSA............!!!!!!!!!!

May 6, 2010

BULAN PENUH MAKNA..!!!!!!!!!!!!!

Salam 1 Malaysia...!!!!!!!!
Bulan ni merupakan bulan penuh makna bagi semua golongan pendidik khususnya guru-guru yang mengajar di sekolah dan `Guru-guru' yang berada di luar sana yang telah memberi ilmu secara tidak formal kepada semua manusia. Seperti ibubapa,ustaz-ustaz,penceramah,polis (sebab itu ada setengah orang dulu memanggil mereka `cikgu') dan lain-lain yang telah memberi didikan dan ilmu yang baru kepada manusia di negara ini.
Kerana dalam bulan inilah iaitu pada 16 hb Mei seluruh negara akan meraikan `Hari Guru' iaitu hari dimana kita semua akan mengenang dan mengigati kembali individu-individu yang pernah mengajar kita sesuatu yang baru dalam kita menjalani kehidupan ini. Walaupun secara rasminya kita biasa meraikan guru-guru di sekolah tetapi bagi saya adalah lebih baik kita juga meraikan orang-orang yang telah banyak mengajar kita dalam menjdikan kita sehingga ke tahap ini.
Sebab itu bagi saya, hanya individu yang tersalah ajar atau yang kurang ajar sahaja akan bersikap lebih ke arah nagetif kerana dalam dunia ini tidak ada orang yang akan memberi pengajaran dalam bentuk nagetif. Jika berlaku juga perlakuan-perlakuan nagetif bermakna orang itu tidak mendapat pelajaran @ ilmu dari orang yang betul. Oleh yang demikian, sempena bulan yang penuh nostalgia tentang guru-guru kita ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan mengigati kembali ajaran-ajaran yang telah diajar oleh guru-guru kita dahulu bagi meningkatkan lagi prestasi kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang.
Melalui blog ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menjar dan membimbing saya sehingga saya boleh hidup dengan baik sehingga kini. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!

April 7, 2010

DZ BIKERS KE RELA BIKERS

Rasa-rasanya DZ Bikers dah bertukar ke Rela Bikers sebab menurut penasihat DZ Bikers ini kerana memandangkan ahli-ahlinya iaitu beliau sendiri,pengerusi dan pengurus syarikat RHMAT telah menjadi ahli rela maka sepatutnyalah nama DZ di tukar kepada RELA.
Selain dari itu aktiviti juga banyak disertai oleh beliau dan pengarah rela jadi eloklah nama tu ditukar...........!!!!!!!
Apa pendapat anda?????????

March 15, 2010

RIDE KE TERENGGANU KITE WOEI!!!!!!!!!!!!! NANANANANA GANU KITE!

Ada cadangan nak buat pada 3 dan 4 hb. April ni. Macamana????? Ada sape-sape yang dari kalangan DZ Bikers yang nak  respon ke???????????

Kuala Terengganu town area

March 9, 2010

GURU BARU DIHANTAR KE KAWASAN LUAR BANDAR!!!!!!!!!

Bagi saya cadangan ini amat baik dan bagus sekali. Tetapi rasa-rasanya cadangan ini telah pun dilaksanakan sejak dulu lagi cuma dari segi perlaksanaannya yang agak kurang berkesan.!!! dimana silapnya hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu. Bagi bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman, percayalah bekerja sebagai guru di kawasan-kawasan tersebut amat seronok sekali ini kerana disamping mendapat elaun kesusuhan (yang tidak diperolehi oleh guru-guru luar bandar) mereka juga akan lebih mengenali ibu/bapa murid berbanding jika mengajar di bandar. Disamping itu, suasana di persekitaran tempat kerja juga tenang dan terkawal. Malahan tahap disiplin murid-murid juga agak terkawal berbanding dengan murid-murid di bandar (tidak semua).
Oleh itu pesan saya jika cikgu-cikgu yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman bersyukurlah kerana cikgu-cikgu telah terpilih untuk menikmati satu pengalaman yang mencabar dan menarik. Manakala bagi yang rasa tidak suka dan tidak sanggup menerima cabaran, bagi saya baik lah cikgu-cikgu letak saja jawatan dan padamkan saja niat untuk memilih kerjaya sebagai guru. Kerana guru adalah merupakan seorang insan yang sanggup menerima cabaran, bertanggungjawab, tabah, sabar dan suka kepada murid-muridnya.

 
Malahan guru juga adalah sumber inspirasi murid-muridnya tanpa guru-guru menyedari perkara tersebut. Akhir kata tahiah dan syabas kepada semua bakal-bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah dipilih atau terpilih. 

March 8, 2010

RIDE KE PENANG!!!!!!!!!!!

Pada Jumaat lepas 5/3/2010 DZ Biker dengan diketuai oleh En. Mat Saari dan chairman telah ke P.Pinang selama 2 hari 1 malam untuk sesi memanaskan enjin.Dah lama tak ride katanya. Bila ditanya tido dimana mereka mengatakan hotel banyak.Tetapi dalam perjalanan balik chairman nampaknya tak dapat menahan kelaparan (mungkin cuaca terlalu panas) terus makan meggi!!!!!!!!!!!!!
Tapi pe-pe pun ride berjalan lancar dan rider selamat sampai ke destinasi.

February 25, 2010

JEMPUTAN GONG XI FA CAI !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Our advisor En Ahmad Saari menjemput bagi pihak Chear Motor Klang ke Open House pada 27/2/2010 (Sabtu). Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi beliau untuk tetapkan masa supaya dapat pergi secara konvoi.......
Pesanan dari saya berhati-hati d jalanraya dan njoy de ride!!!!!!!!!!!!

February 21, 2010

Fish

February 11, 2010

RIDE BALIK KE HUTAN MELINTANG YEOP!!!!!!






Rehat rawat makan dan minum di RnR Dengkil Selangor. Bila di sini teringat sahabat aruah nuri kerana kami pernah berada di sini dalam perjalanan balik dari Sepang dulu.











Berhenti lagi isi minyak di shell tanjung malim.

TAK LUPA KAWAN

Tunggu Hj Sam lagi............




Bertembung dengan Kelab Skuter Malaysia..........Hj Sam berminat nak join.

JALAN-JALAN CARI MAKAN

Moto pomen dalam percubaan untuk digunakan selepas diubahsuai.
Tunduk nampak selva menikmati nasi `beriani power' di batu pahat.
Komen kawan-kawan bolehla...












KOZI HOTEL DAN MAJLIS KENDURI KAWEN

Bergambar di depan Kozi Hotel Danga Bay.
Sebelum tu ride ke rumah kenduri kawen sedara abg zul gtr. Lawaknya kami yang sampai dulu setelah memusing-musing di sekitar kawasan rumah pengantin kerana tak tau jalan masuk.
Abg zul sendiri pun tersesat hingga dia yang paling last sekali tiba.
Tapi pepe pun nampaknya terkenang masa dulu tengokla abg zul kita makan berdua hai macam nak merai kan dia plak ye.



Gambar bawah sekali DZ sedang menikmati kopi di stesen keretapi kluang. Best wooo!!!!!!!!



















Macam biasa advisor dengan gayanya cakap handphone macam guna `walkie talkie' hehehe

LAGI GAMBAR RIDE KE DANGA BAY JB

Menunggu Hj Sam tak sampai-sampai lagi di tol Senai.

Keluar dari konvoi untuk ambik angin












Buang dengan gayanya sedang bagitau Hj Sam lepas ni bawak laju sikit sebab kalu tidak boleh sakit pinggang.Hahaha

Atas kanan selva sedang berkira-kira untuk tukar angin nak tukar motot kot.