BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

March 15, 2010

RIDE KE TERENGGANU KITE WOEI!!!!!!!!!!!!! NANANANANA GANU KITE!

Ada cadangan nak buat pada 3 dan 4 hb. April ni. Macamana????? Ada sape-sape yang dari kalangan DZ Bikers yang nak  respon ke???????????

Kuala Terengganu town area

March 9, 2010

GURU BARU DIHANTAR KE KAWASAN LUAR BANDAR!!!!!!!!!

Bagi saya cadangan ini amat baik dan bagus sekali. Tetapi rasa-rasanya cadangan ini telah pun dilaksanakan sejak dulu lagi cuma dari segi perlaksanaannya yang agak kurang berkesan.!!! dimana silapnya hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang tahu. Bagi bakal-bakal guru yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman, percayalah bekerja sebagai guru di kawasan-kawasan tersebut amat seronok sekali ini kerana disamping mendapat elaun kesusuhan (yang tidak diperolehi oleh guru-guru luar bandar) mereka juga akan lebih mengenali ibu/bapa murid berbanding jika mengajar di bandar. Disamping itu, suasana di persekitaran tempat kerja juga tenang dan terkawal. Malahan tahap disiplin murid-murid juga agak terkawal berbanding dengan murid-murid di bandar (tidak semua).
Oleh itu pesan saya jika cikgu-cikgu yang akan ditempatkan di luar bandar dan pendalaman bersyukurlah kerana cikgu-cikgu telah terpilih untuk menikmati satu pengalaman yang mencabar dan menarik. Manakala bagi yang rasa tidak suka dan tidak sanggup menerima cabaran, bagi saya baik lah cikgu-cikgu letak saja jawatan dan padamkan saja niat untuk memilih kerjaya sebagai guru. Kerana guru adalah merupakan seorang insan yang sanggup menerima cabaran, bertanggungjawab, tabah, sabar dan suka kepada murid-muridnya.

 
Malahan guru juga adalah sumber inspirasi murid-muridnya tanpa guru-guru menyedari perkara tersebut. Akhir kata tahiah dan syabas kepada semua bakal-bakal guru yang akan ditempatkan ke sekolah-sekolah yang telah dipilih atau terpilih. 

March 8, 2010

RIDE KE PENANG!!!!!!!!!!!

Pada Jumaat lepas 5/3/2010 DZ Biker dengan diketuai oleh En. Mat Saari dan chairman telah ke P.Pinang selama 2 hari 1 malam untuk sesi memanaskan enjin.Dah lama tak ride katanya. Bila ditanya tido dimana mereka mengatakan hotel banyak.Tetapi dalam perjalanan balik chairman nampaknya tak dapat menahan kelaparan (mungkin cuaca terlalu panas) terus makan meggi!!!!!!!!!!!!!
Tapi pe-pe pun ride berjalan lancar dan rider selamat sampai ke destinasi.