Pada malam jumaat lepas 21/5/2010 bertempat di Dewan SM Sains Bagan Datoh telah diadakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Parlimen Bagan Datoh dengan dirasmikan oleh YB DS Dr Ahmad Zahid Hj. Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datoh merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Walaupun ianya merupakan majlis bagi meraikan guru-guru yang mengajar di parlimen Bagan Datoh, pihak jawatankuasa juga tidak lupa menjemput guru-guru yang pernah mengajar di kawasan parlimen sebelum ini tetapi telah bertugas di tempat lain. Ini termasuklah bekas PPD Hilir Perak yang kini telah bertugas di Manjung, Termasuk juga saya yang dulunya pernah bertugas di SMK Tun Abdul Razak. Selekoh dan SMK Seri Perkasa kini telah bertukar ke Manjung. Malahan guru-guru yang telah pencen juga turut diraikan hinggakan pada penilaian saya mereka ini lebih gembira kerana mereka telah diberi ole-ole setiap seorang oleh YB DS Dr Ahmad Zahid Hj. Hamidi di malam tersebut. Ini secara lansung memberi kenangan yang amat bermakna kepada mereka yang telah bersara. Apa yang amat mengharukan YB DS Dr telah menaja bekas guru beliau untuk mengerjakan umrah pada tahun ini. Ini secara tidak lansung telah mengambarkan ras terima kasih beliau terhadap semua golongan guru yang berada di kawasan parlimen Bagan Datoh. Malam itu juga beliau telah menerangkan tentang pembangunan pendidikan yang akan berlaku di kawasan parlimen Bagan Datoh pada masa akan datang. Ini menjadikan Bagan Datoh sebagai salah satu pusat kecemerlangan pendidikan sedikit masa lagi. Apa yang lebih diharapkan oleh golongan pendidik di sini ialah pembelaan yang tidak berbelah bagi dari pihak YB DS Dr dalam memastikan agenda pendidikan dapat dilaksanakan tanpa halangan dan rintangan dari pihak-pihak tertentu yang suka mengmbil kesempatan terhadap kelembutan hati guru-guru di sekolah. Kerana dalam memberi pendidikan dan memperbaikki sahsiah murid-murid untuk menjadikan mereka seorang insan yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan masyarakat, terlalu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh seorang guru. Oleh yang demikian apa yang amat diperlukan ialah sokongan dari i/bapa dan pemimpin setempat supaya guru-guru dapat melaksanakan tanggungjawabnya dengan amat berkesan. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!!!!!!!!! GURU PEMBINA NAGARA BANGSA............!!!!!!!!!!
May 24, 2010
May 6, 2010
BULAN PENUH MAKNA..!!!!!!!!!!!!!
Salam 1 Malaysia...!!!!!!!!
Bulan ni merupakan bulan penuh makna bagi semua golongan pendidik khususnya guru-guru yang mengajar di sekolah dan `Guru-guru' yang berada di luar sana yang telah memberi ilmu secara tidak formal kepada semua manusia. Seperti ibubapa,ustaz-ustaz,penceramah,polis (sebab itu ada setengah orang dulu memanggil mereka `cikgu') dan lain-lain yang telah memberi didikan dan ilmu yang baru kepada manusia di negara ini.
Kerana dalam bulan inilah iaitu pada 16 hb Mei seluruh negara akan meraikan `Hari Guru' iaitu hari dimana kita semua akan mengenang dan mengigati kembali individu-individu yang pernah mengajar kita sesuatu yang baru dalam kita menjalani kehidupan ini. Walaupun secara rasminya kita biasa meraikan guru-guru di sekolah tetapi bagi saya adalah lebih baik kita juga meraikan orang-orang yang telah banyak mengajar kita dalam menjdikan kita sehingga ke tahap ini.
Sebab itu bagi saya, hanya individu yang tersalah ajar atau yang kurang ajar sahaja akan bersikap lebih ke arah nagetif kerana dalam dunia ini tidak ada orang yang akan memberi pengajaran dalam bentuk nagetif. Jika berlaku juga perlakuan-perlakuan nagetif bermakna orang itu tidak mendapat pelajaran @ ilmu dari orang yang betul. Oleh yang demikian, sempena bulan yang penuh nostalgia tentang guru-guru kita ini marilah sama-sama kita bermuhasabah diri dan mengigati kembali ajaran-ajaran yang telah diajar oleh guru-guru kita dahulu bagi meningkatkan lagi prestasi kita dalam menghadapi hari-hari yang akan datang.
Melalui blog ini juga saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa yang telah banyak menjar dan membimbing saya sehingga saya boleh hidup dengan baik sehingga kini. TERIMA KASIH CIKGU!!!!!!!
Posted by kawasaki at 1:38 PM 0 comments