BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

May 15, 2013

RASA-RASANYA INI KALILAH.......

Syukur alhamdulilah kehadrat Allah swt kerana dengan izinNya pilihanraya ke13 telah selesai dengan kemanangan kekal kepada Barisan Nasional (BN) walaupun Kelantan, Selangor dan P.Pinang masih kekal ditadbir oleh PAS, PKR dan DAP. Melalui blog ini sya telah menulis rasa hati sya iaitu BN akan kekal mentadbir negara ini, tak silap sya pada 28 hb. April 2013 yg lalu iaitu kira-kira enam hari sebelum hari pengundian. Ini adalah kerana sya begitu yakin walaupun berbagai propaganda dan tohmahan yg dilemparkan kepada Perdana Menteri (PM) dan parti pemerintah dilakukan tetapi sya yakin kuasa Allah mengatasi segalanya. Rasa sya tak perlu sya ulas panjang mengapa BN menang kerana memang BN telah menang!
Sya lebih suka bercakap tentang bagaimana kerajaan BN boleh meningkatkan lagi keyakinan dan kepercayaan para pengundi (macam sya) untuk masa akan datang (5 tahun dari sekarang). Bagi sya mana-mana parti komponen yg tidak mahu sebarang jawatan dalam pentadbiran negara kita ikutkan saja, kerana mereka merasakan mereka telah gagal untuk menarik undi dari kaum mereka khususnya MCA dan GERAKAN dan secara tidak lansung mereka merasa malu. Bagi sya ini perkembangan yg positif dimana mereka sanggup menerima risiko (kalau boleh semua parti pun begitu) dan menjadi YB atau YAB bukan lah sesuatu yg mudah dan masa untuk bersenang lenang! Contoh di Parlimen Lumut bagi sya DS Kong Cho Ha adalah merupakan seorang Ahli Parlimen yang rajin, komited dan amat pemurah (kerana beliau rajin memberi kerjasama kepada program-program yg dijalankan dikawasan parlimen beliau) tetapi oleh kerana ramai pengundi Sitiawan dan Kg koh tidak memberi undi kepada beliau maka beliau telah kalah kepada calon PKR!
Bagi sya mudah, mana-mana kawasan yg BN kalah segala bantuan dan peruntukan haruslah dihentikan dan pemberian peruntukan haruslah mengikut Parlimen atau DUN jika Parlimen menang bagi peruntukan kepada Parlimen jika DUN saja yg menang bagi saja peruntukan kepada DUN dan jika kedua-dua Parlimen dan DUN yg menang maka peruntukan harus diberi kepada kedua-dua sekali biar TEGAS dan ADIL (INI KALILAH...) kerana jika kerajaan tidak lakukan ini maka sampai bila-bila pun masyarakat tidak akan faham dan dengan suka-suka hati sahaja membuat tohmahan dan kata-kata kesat terhadap orang yang memberi kesenangan kepada mereka! Mungkin akan ada nanti cakap-cakap bagaimana hati dan perasaan pengundi yg mengundi BN di tempat-tempat yg BN kalah? Bagi sya mudah kalau sudah kalah so kena terima jadi lain kali jika nak menang setakat 2-3 orang tidak cukup, perlu ramai dan ribu-ribu! Kerajaan dibawah kepimpinan DS Najib perlu membuat keputusan yg drastik begini biar semua orang tahu ini bukan masa untuk main-main ini bukan masa untuk berpropaganda dan mengada-adakan cerita yg tidak ada! Kerajaan bakan seperi sebuah kenderaan yg boleh diubah-ubah ditukar-tukar (kerana ada pendapat yg menyamakan kerjaan dengan kereta jika rosak dan sudah lama perlu ditukar!) ini merupakan pendapat yg amat rendah pemikiran dan tidak realistik!
Jadi bagi sya inilah masanya orang-orang yang mempunyai tanggungjawab dan sayangkan negara ini melakukan sesuatu! Tunjukan ketegasan dan keberanian kerana untuk menjadi seorang pemimpin kita perlu berani dan tegas `stern'!
Bagi sya untuk memuaskan hati semua orang memanglah mustahil tetapi sekurang-kurangnya PM telah berjaya memuaskan hati ramai orang berbanding yg tidak puas hati! Mereka ini ditambah pula terlalu terpengaruh dengan propaganda dan cerita-cerita palsu (tiada bukti) maka dapatlah Kelantan, P.Pinang dan Selangor kepada pembangkang! Bagi sya mana-mana individu (terutamanya kakitangan kerajaan) yang tidak puas hati dengan kerjaan BN sekarang boleh la muhasabah diri dan merenung kembali apakah yang telah dilakukan oleh kerajaan sehinga terlalu membenci BN? Apakah kesalahan yg telah dilakukan sehinga begitu taksub menyokong pembangkang? Jika terlalu mengharapkan harga kereta turun sedarkah mereka jika harga kereta turun bagaimana pula harga kereta terpakai (yang sedang mereka pakai sekarang sudah pasti turun juga)? Bukankah sama saja? Apa yang penting jadilah manusia yang rasional, sentiasa bersyukur dan boleh berfikir (fikiran yang positif) kerana jika mereka mahu berfikir yang positif in sha Allah mereka akan tersedar. Bagi kakitangan kerjaan pula fikirkanlah gaji yang telah diterima dan kemana hasil itu dibawa (sebahagiannya menggunakan untuk menampung keluarga dan beribadat) jika dirasakan kerajaan tidak betul ayoh jangan terima gaji tersebut dan lebih elok jika mereka berhenti saja dari bekerja dengan kerajaan sebaliknya kerja sajalah dengan kerajaan yang baik, betul, bagus dan sebagainya yang dikatakan baik-baik itu.
Oleh yang demikian sya amat berharap YAB DS Najib dapat membentuk satu pasukan yang mantap dan jitu dalam membawa negara kita kearah kejayaan dan kecemerlangan yang lebih baik dari sebelum ini. Sya juga amat mengharapkan agar YAB PM lebih tegas dan perbanyakkan program-program kesedaran terutamanya ganerasi muda masa kini kerana zaman sya dahulu (semasa sya dalam form six) ada kursus BTN di sekolah dan sya harap itu lebih baik dijalankan semula terutamanya yang tinggal di asrama sekurang-kurangnya mereka akan dapat lebih maklumat dari saluran yang betul. Sya juga amat berharap lebih banyak peruntukan disalurkan kepada sekolah-sekolah kerajaan sama seperi peruntukan kepada sekolah-sekolah bantuan kerajaan (sjkc dan mubaligh) kerana sekolah-sekolah ini sudah mewah dan mempunyai dana yang cukup besar (hasil dari kutipan PIBG dan Lembaga Pengelola Sekolah) manakala sekolah-sekolah kerajaan masih banyak lagi terdapat kekurangannya. Disamping itu perbanyakkan lagi sekolah-sekolah baru, ini adalah bagi menampung keprluan pertumbuhan penduduk disesuatu kawasan dan ke arah sekolah 1 sessi (harap kerajaan negeri memudahkan proses mengenalpasti tanah yang sesuai dan proses pengambilan tanah)
Semoga Negara Malaysia dibawah kepimpinan YAB DS Najib Abd Razak akan lebih berjaya dan cemerlang bukan saja dimata dunia tetapi yang lebih penting dimata rakyatnya sendiri! Tahniah dan syabas sekali lagi Malaysia!