BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

January 6, 2010

RIDE KE KELANTAN

Tarikh : 10-11
Sabtu&Ahad

Maklumat lanjut akan diberi kemudian..

January 4, 2010

NURI DOWN!!!!


Alfatihah!! Sesunguhnya ajal maut di tangan Allah s.w.t jua hendaknya. Dan dengan kehendakNya jua sahabat kita saudara Mat Nuri B. Mohd Noh telah dijemput oleh Nya pada petang jumaat 1/1/2010 semasa perjalanan ke hospital Teluk Intan. Beliau telah terlanggar belakang kereta proton iswara berhampiran simpang masuk ke Restoran GHULAM di ulu dedap dengan menaikki Kawa ZZR1100. Kami di DZ BIKERS amat terasa dengan pemergian beliau kerana rasa-rasanya beliau tidak banyak mengikuti program kami akibat terlalu sibuk dengan komitmen beliau terhadap tugas dan keluarga!!!! Semoga roh aruah dirahmati ALLAH!!! Amin......! Kepada rakan-rakan bikers hati-hati dijalanraya dan kalu rasa 50/50 biarkan saja moto kita yang pegi dulu. Gambar aruah (jeket hitam mengadap kamera sebelah selva jeket merah) semasa berhenti rehat di RnR banting balik dari Sepang.

November 30, 2009

GAMBAR-GAMBAR RIDE KE FELDA PAPULUT DAN TASIK BANDING




(Atas kiri)Peserta sedang berehat di Petronas Sg. Perak.(Atas kanan) Peserta sedang mengisi minyak di Petronas Pekan Grik. Baris yeop!





















(Atas kiri) Bloger sedang merakamkan gambar kawan-kawan yang sedang `makan angin' kat belakang tu. (Atas kanan) Sedang menikmati perjalanan yang `relax' sebab baru lepas hujan.












(









(Atas kiri Tn. Pengarah Rela Perak (pakai headbend) sedang menikmati sup kijang hidangan dari pasukan RELA Felda Papulut..Dagingnya lembut macam ayam tapi tulangnya kecik-kecik.





















(Atas kiri) dah penatla tu sebab tu tersandar je kat dinding. Kalu dapat baring memang terlena terus.


















































(Atas kiri sebahagian daripada DZ Bikers yang mengikuti program bersama RELA Perak sadang berposing. Macam gambar dalam majalah sekolah pulak. Hehehe

November 19, 2009

RIDE KE TASIK BANDING!!!

Rasa-rasanya kalu takde pe-pe hal insyallah sabtu & ahad ni 21-22 nov 09 saya bersama-sama DZ Bikers akan mengikuti program yang dianjurkan oleh RELA Perak ride sambil beramal ke Tasik Banding. Di sana kami akan melawat perkampongan orang asli dan memburu kijang ke rusa ke. Tapi kalu dapat lain-lain derma la pada orang asli yang tinggal di sana tu.

November 11, 2009

BIKERS (RELA PERAK) DOWN DI BATU GAJAH

En. Zambri dari RELA Ipoh telah jatuh dengan menaikki Vulcan 900 pada sabtu 7/11/2009 semasa dalam perjalanan ke Alor Pongsu kerana mengikuti program RELA PERAK. Keadaan beliau agak parah terutamanya dibahagian muka kerana helmet tercampak (mungkin tak ikat betul-betul) kini berada di hospital Ipoh.
Wakil DZ Bikers En. Shaari Abdul Rani (Penasihat) telah melawat beliau semalam dan keadaannya sudah beransur pulih.
Kepada penyumbang-penyumbang:
1. Lapok
2. Sgt. Hassan
3. Ckg Mad
4. Ckg Halim
5. Shaari
6. Othman PERKESO
7. Kamarul
Beliau mengucapkan terima kasih.

November 3, 2009

MELAKA BIKE WEEK


Rasa-rasanya minggu ni ada program `Melaka Bike Week' kot. Bermula dari 6 hingga 8 hb Nov 09.
Kepada biker-bikers yang ada kelapangan bolehla `shoot' ke sana. Harap-harap best la dan ada banyak `program' untuk kami rider-rider yang datang dari seluruh negara.

kawasakibdr5000@gmail.com

October 28, 2009

RIDE KE KL BIKE WEEK & SEPANG











Sabtu 24/10/2009




Seperti yang dirancang DZ BIKERS telah berkumpul di Gerai Din Canai untuk bersarapan sebelum bergerak ke KL. Tapi yang mengejutkan `Bro Saari' pun ada!! Rupa-rupanya dia telah mendapat kebenaran dari `Boss' pada malam sebelumnya untuk mengikuti program ini. akhirnya kami selamat tiba di Bukit Kiara untuk menyertai KL BIKE WEEK walaupun ada sedikit `miscomunication'. Cuma sedikit terkilan kerana tidak ramai kumpulan `Sportbike' yang hadir. Kehadiran banyak didominasi oleh kumpulan `Easyride', klasik dan skuter.
Selepas makan dan cuci moto kita ramai-ramai bergerak ke Sepang untuk melihat-lihat `Booth' yang terdapat di sana. Mak ai!!! barang-barang eksesori punyala mahal!!! tapi bagi orang-orang yang berkemampuan memangla tak kesah. Jika dibandingkan kedua-dua tempat tersebut masing-masing ada pengikutnya yang tersendiri.
Satu lagi, tiada cenderamata untuk bikers yang hadir. Kalau dulu semasa di MATIC Ampang sekurang-kurangnya adala sedikit cenderamata kepada sesiapa yang mendaftar di kaunter. Barang-barang jualan pun agak murah berbanding kali ini.
My email: kawasakibdr5000@gmail.com