BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

January 19, 2010

GAMBAR-GAMBAR RIKE KE KELANTAN



RIDE KE KELANTAN

Program bermula di Din Canai Hutan Melintang seterusnya bergerak ke Hiway Tapah dan berhenti rehat di Simpang Pulai untuk sarapan! (nasi lemak ayam).
Keluar di Simpang Pulai dan menggunakan laluan Cameron Highland Gua Musang. (Tapi potong stim sikit sebab ditahan oleh Polis Trafik nak tengok lesen semasa menuruni bukit! Bahaya tu)
Tiba di Petronas Gua Musang isi minyak kali ke-2.
Tiba di Kota Bharu Kelantan kira-kira pukul 1.50 ptg.
Check In di Grandriverview dapat bilik 318 dan terus rehat!!!
Petang kami ronda-ronda di sekitar KB dan PCB (Pantai Cahaya Bulan dulu Pantai Cinta Berahi) Lepak sana sambil minum air kelapa dan menikmati angin laut!!!
Balik ronda di pasar malam KB sambil makan sotong bakar seringgit sekeping!!
Ahad 9.00 pg. Menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam makan nasi dagang bersama telur 1/2 masak fulamak!!! Best ooo!!!! Orang kuat KB belanja En. Asri.
12.30 tgh Balik dan ondaway sempat beli keropok lekor untuk orang rumah dua-dua dapat!!!.
Tiba di Jeli isis minyak kali ke-4 dan terus menikmati laluan yang berliku-liku sambil belajo meleper (istilah orang moto beso)hehehe.
Berhenti rehat jap di puncak Titiwangsa sambil ambil gambo dan terus gerak ke Grik.
Tiba di Grik berhenti lagi di Petronas ambik oksigen (paham sendirile)
Terus ke Kuala Kangsar isi minyak dan makan tengahari dan sembahyang.
Tiba di Restoran Fatimah Hutan Melintang ngam-ngam puluk 8.00

January 12, 2010

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KES ARUAH NURI




Melalui berita yang baru diterima dari kawan-kawan sebenarnya kereta yang dilanggar oleh allahyarham telah membuat pusingan U dijalan tersebut. Ini menyebabkan beliau cuba mengelak tetapi masih juga terkena belakang kereta berkenaan.


Disini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah turut sama memberi sumbangan dalam menjayakan majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat untuk aruah sahabat kita di Masjid Jamek Hutan Melintang pada malam jumaat 7/1/2010 yang lepas.Mereka yang hadir terdiri daripada:Advisor Mr Saari, Chairman Zaid, S/u Hj Sam, Kamarul, Halim, Napi, Rahim, Halim, Syed Baha, Peg. Rela Daerah En.Sidek dan rakan-rakan.

January 6, 2010

RIDE KE KELANTAN

Tarikh : 10-11
Sabtu&Ahad

Maklumat lanjut akan diberi kemudian..

January 4, 2010

NURI DOWN!!!!


Alfatihah!! Sesunguhnya ajal maut di tangan Allah s.w.t jua hendaknya. Dan dengan kehendakNya jua sahabat kita saudara Mat Nuri B. Mohd Noh telah dijemput oleh Nya pada petang jumaat 1/1/2010 semasa perjalanan ke hospital Teluk Intan. Beliau telah terlanggar belakang kereta proton iswara berhampiran simpang masuk ke Restoran GHULAM di ulu dedap dengan menaikki Kawa ZZR1100. Kami di DZ BIKERS amat terasa dengan pemergian beliau kerana rasa-rasanya beliau tidak banyak mengikuti program kami akibat terlalu sibuk dengan komitmen beliau terhadap tugas dan keluarga!!!! Semoga roh aruah dirahmati ALLAH!!! Amin......! Kepada rakan-rakan bikers hati-hati dijalanraya dan kalu rasa 50/50 biarkan saja moto kita yang pegi dulu. Gambar aruah (jeket hitam mengadap kamera sebelah selva jeket merah) semasa berhenti rehat di RnR banting balik dari Sepang.

November 30, 2009

GAMBAR-GAMBAR RIDE KE FELDA PAPULUT DAN TASIK BANDING




(Atas kiri)Peserta sedang berehat di Petronas Sg. Perak.(Atas kanan) Peserta sedang mengisi minyak di Petronas Pekan Grik. Baris yeop!





















(Atas kiri) Bloger sedang merakamkan gambar kawan-kawan yang sedang `makan angin' kat belakang tu. (Atas kanan) Sedang menikmati perjalanan yang `relax' sebab baru lepas hujan.












(









(Atas kiri Tn. Pengarah Rela Perak (pakai headbend) sedang menikmati sup kijang hidangan dari pasukan RELA Felda Papulut..Dagingnya lembut macam ayam tapi tulangnya kecik-kecik.





















(Atas kiri) dah penatla tu sebab tu tersandar je kat dinding. Kalu dapat baring memang terlena terus.


















































(Atas kiri sebahagian daripada DZ Bikers yang mengikuti program bersama RELA Perak sadang berposing. Macam gambar dalam majalah sekolah pulak. Hehehe

November 19, 2009

RIDE KE TASIK BANDING!!!

Rasa-rasanya kalu takde pe-pe hal insyallah sabtu & ahad ni 21-22 nov 09 saya bersama-sama DZ Bikers akan mengikuti program yang dianjurkan oleh RELA Perak ride sambil beramal ke Tasik Banding. Di sana kami akan melawat perkampongan orang asli dan memburu kijang ke rusa ke. Tapi kalu dapat lain-lain derma la pada orang asli yang tinggal di sana tu.