BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

January 26, 2010

TAHNIAH UITM!!!!!!!!!!!!!

Menurut apa yang saya baca (suratkhabar hari ini) dan lihat Buletin utama semalam UITM sediakan tempat untuk 100,000 pelajar tahun ini. Jika benarlah apa yang saya lihat dan dengar tahniah saya ucapkan kepada pihak pentadbiran UITM!!!! Ini kerana bagi saya UITM adalah tempat dan peluang bagi pelajar-pelajar melayu dan bumiputra untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Kerana saya sendiri adalah merupakan bekas pelajar Universiti tersebut yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknologi Mara (86-90). Pada masa itu jumlah kami pelajar ITM keseluruhannya di seluruh negara hanyalah seramai lebih kurang 30.000 orang. Di ITM shah alam sahaja ada kira-kira 11.000 orang (maklumat diperolehi semasa majlis orientasi diadakan.) Semasa program tersebut juga pihak ITM telah menjemput penceramah dan salah seorang darinya ialah Datok Saleh Majid yang pada masa itu merupakan orang kuat BSKL. Dalam majlis itu beliau menceritakan bagaimana pada masa beliau menjadi pelajar dulu ada senior-senior yang gayanya seperti `pirate' yang ada burung di atas bahu mereka!!! Tapi itu dulu kini zaman berubah dan ITM sudah bertukar UITM malahan kualiti pelajarnya juga semakin bertambah baik.Tahniah dan syabas ITM/UITM semoga menjadi sebuah pusat pengajian yang unggul pada masa akan datang. ADFME 86-90

Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Tengku Ismail

Rasa-rasanya individu yang menulis sesuatu yang nagetif terhadap almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail adalah satu perbuatan yang kurang bijak. Ini kerana baginda tuanku telah mangkat jadi seharusnya kita sebagai rakyat biasa mendoakan semoga roh baginda sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh.
Saya hairan kerana bagi saya sendiri yang telah melebihi 40 tahun hidup di dunia ini rasa-rasanya tidak terlintas difikiran untuk menulis perkara-perkara yang sedemikian. Ini bukan kerana apa tetapi adalah kerana saya telah diajar supaya menghormati ibu bapa sejak dari kecil. Bagi saya walaupun saya tidak pernah berjumpa almarhum cuma sekadar melihat dan mendengar perkara-perkara mengenai almarhum dari jauh melalui tv, radio dan suratkhabar tetapi saya amat kagum dan menghormati baginda. Mungkin disebabkan ajaran dan didikan yang telah diberikan oleh ibu bapa saya sejak kecil supaya menghormati orang yang lebih tua terutamanya pemimpin-pemimpin dan sultan.
Jika dilihat dalam konteks negara Malaysia, sultan adalah merupakan payung kepada sesbuah negeri terutamanya perkara-perkara yang berkaitan dengan Adat Istiadat, Agama Islam dan lain-lain yang berkaitan dengan sistem raja berpelembagaan. Oleh yang demikian insaf dan sedarlah wahai individu yang berkenaan jangan lah melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah dan menyakitkan hati orang lain. Kerna perbuatan tersebut hanya kan merugikan diri sendiri dan merosakkan nama baik ibu bapa anda sahaja.Malahan mungkin juga negeri asal saudara juga akan terasa malunya kerana mempunyai individu seperti andaSekian wasalam.

January 22, 2010

SELINGAN






Rasa-rasanya-Gambar-gambar Nur Kaisyah Dianah dan kakak-kakaknya!!!!

January 21, 2010

DaRi ADVISOR


mmg le bro...kencing pun kena bayar 30sen ni kan plak stiker DZ Bikers...T-shirts tu tempah le awal sikit...dapat le malaram di bagan datoh dulu...awak dah msg pd penyumbang wat arwah mat nuri mohd noh...beli sejadah dan sedekah pd R & R yg kita singgah nnti ke johor...kita panjangkan sedekah arwah dan DZ Biker...ameen.Satu lagi bila buat T-shirt tu biarle sedap mata memandang!!!!!

HJ SAM KATA

Salam : orait...apa-apa teman ikut aja...jaga kat belakang teman punya....depan depan lantak le....tayar depan dah tukar ok le...tak de licin lagi macam gi melaka takut nak coner lebih...lagi pun gi melaka lembu banyak bro...kita gi cari lembu d sana je cam ne...
PERHATIAN !!!! STIKER DZ BARU DAH SIAP...RM 6...kena bayar bro tak de seponser...bye

January 20, 2010

MAKLUMAT TERKINI RIDE KE DANGA BAY JB


Bayaran RM 100
Penginapan+makan tengahari+malam+Briani gam Bt Pahat!!!!
Ooopppsss lupa plak `T' Shirt sehelai sorang.
Lain-lain setakat ni sendiri-sendiri ye.
Tapi kalu ada apa-apa info dari our advisor saya akan umumkan.



pepe hal bole email:kawasakibdr5000@gmail.com atau 0195120913

MAKLUMAT DARI ADVISOR DZ BIKERSI

setakat setting ni rasa rasanya tak dpt smbutan sgt ride ke danga bay, johor ni...apa yg saya faham setelah mndapat jawapan dan pengesahan yg nak ikut ride...1.Kamarul...
2.Pengarah Rela Ng Perak...3.Saiful... 4.Norsham...5.Cikgu Rahim...6.Mr. Selva... 7.Abg Yus KL...8.Abg Zul n wife...9.Shaari... ride ni jgn tak jadi...semoga kita enjoi ride ni nnti....

January 19, 2010

PROGRAM SETERUSNYA KE DANGA BAY JOHOR

Maklumat terkini ride ke Danga Bay Johor Bharu 2 hari 1 malam. Sabtu dan Ahad 30 dan 31 hb Januari 2010.
Pagi gerak ke hiway seremban guna jalan lama dari hutan melintang ke simpang Carefore Klang terus masuk hiway. Makan dan rehat jap di RnR Seremban dan terus ke Danga Bay JB.
Penginapan dah ada orang sponsor tuan advisor kita En. Saari.
Maklumat seterusnya akan di update kemudian.

Marina @ Danga Bay

Marina @ Danga Bay

LAGI GAMBAR-GAMBAR RIDE KE KELANTAN




















GAMBAR-GAMBAR RIKE KE KELANTAN



RIDE KE KELANTAN

Program bermula di Din Canai Hutan Melintang seterusnya bergerak ke Hiway Tapah dan berhenti rehat di Simpang Pulai untuk sarapan! (nasi lemak ayam).
Keluar di Simpang Pulai dan menggunakan laluan Cameron Highland Gua Musang. (Tapi potong stim sikit sebab ditahan oleh Polis Trafik nak tengok lesen semasa menuruni bukit! Bahaya tu)
Tiba di Petronas Gua Musang isi minyak kali ke-2.
Tiba di Kota Bharu Kelantan kira-kira pukul 1.50 ptg.
Check In di Grandriverview dapat bilik 318 dan terus rehat!!!
Petang kami ronda-ronda di sekitar KB dan PCB (Pantai Cahaya Bulan dulu Pantai Cinta Berahi) Lepak sana sambil minum air kelapa dan menikmati angin laut!!!
Balik ronda di pasar malam KB sambil makan sotong bakar seringgit sekeping!!
Ahad 9.00 pg. Menikmati sarapan pagi di sebuah kopitiam makan nasi dagang bersama telur 1/2 masak fulamak!!! Best ooo!!!! Orang kuat KB belanja En. Asri.
12.30 tgh Balik dan ondaway sempat beli keropok lekor untuk orang rumah dua-dua dapat!!!.
Tiba di Jeli isis minyak kali ke-4 dan terus menikmati laluan yang berliku-liku sambil belajo meleper (istilah orang moto beso)hehehe.
Berhenti rehat jap di puncak Titiwangsa sambil ambil gambo dan terus gerak ke Grik.
Tiba di Grik berhenti lagi di Petronas ambik oksigen (paham sendirile)
Terus ke Kuala Kangsar isi minyak dan makan tengahari dan sembahyang.
Tiba di Restoran Fatimah Hutan Melintang ngam-ngam puluk 8.00

January 12, 2010

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KES ARUAH NURI




Melalui berita yang baru diterima dari kawan-kawan sebenarnya kereta yang dilanggar oleh allahyarham telah membuat pusingan U dijalan tersebut. Ini menyebabkan beliau cuba mengelak tetapi masih juga terkena belakang kereta berkenaan.


Disini juga saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah turut sama memberi sumbangan dalam menjayakan majlis bacaan yaasin, tahlil dan doa selamat untuk aruah sahabat kita di Masjid Jamek Hutan Melintang pada malam jumaat 7/1/2010 yang lepas.Mereka yang hadir terdiri daripada:Advisor Mr Saari, Chairman Zaid, S/u Hj Sam, Kamarul, Halim, Napi, Rahim, Halim, Syed Baha, Peg. Rela Daerah En.Sidek dan rakan-rakan.

January 6, 2010

RIDE KE KELANTAN

Tarikh : 10-11
Sabtu&Ahad

Maklumat lanjut akan diberi kemudian..

January 4, 2010

NURI DOWN!!!!


Alfatihah!! Sesunguhnya ajal maut di tangan Allah s.w.t jua hendaknya. Dan dengan kehendakNya jua sahabat kita saudara Mat Nuri B. Mohd Noh telah dijemput oleh Nya pada petang jumaat 1/1/2010 semasa perjalanan ke hospital Teluk Intan. Beliau telah terlanggar belakang kereta proton iswara berhampiran simpang masuk ke Restoran GHULAM di ulu dedap dengan menaikki Kawa ZZR1100. Kami di DZ BIKERS amat terasa dengan pemergian beliau kerana rasa-rasanya beliau tidak banyak mengikuti program kami akibat terlalu sibuk dengan komitmen beliau terhadap tugas dan keluarga!!!! Semoga roh aruah dirahmati ALLAH!!! Amin......! Kepada rakan-rakan bikers hati-hati dijalanraya dan kalu rasa 50/50 biarkan saja moto kita yang pegi dulu. Gambar aruah (jeket hitam mengadap kamera sebelah selva jeket merah) semasa berhenti rehat di RnR banting balik dari Sepang.