


Posted by kawasaki at 9:50 AM 0 comments
Insyaallah esok sabtu 24/10/2009 kami dari DZ BIKERS akan ride ke Bukit Kiara untuk sama-sama meraikan KL BIKE RALLY. Selepasa tu kita akan bergerak ke Sepang untuk meninjau-ninjau `booths' yang terdapat di sana. Kepada nama-nama seperti berikut sila sedia pukul 9.00 pg esok.
1.Ckg Mad (jika demam dah ok)
2.En. Morsidit
Posted by kawasaki at 12:31 PM 0 comments
Rasa-rasanya tengah tunggu oder nak minum. Bro belakang tu nampak ok lagi tapi kalu lambat oder datang siap la........
Posted by kawasaki at 3:08 PM 0 comments
Rasa-rasanya tidak terlewat lagi nak ucapkan TAHNIAH kepada Tn. Hj Manaf dari Manjung Bikers yang telah selesai menguruskan Majlis Walimatulurus anaknya pada 17/10/2009 lepas. Kami dari DZ BIKERS telah disambut oleh wakil-wakil dari Manjung Bikers dengan cenderahati berupa Skaf MBC. Tkasih daun keladi En. Adi.!
Selesai majlis kami terus ke Teluk Batik pekena air kelapa dan keledek goreng sambil sembang-sembang termasuk program ke GP minggu depan!! Insyaallah jika tiada halangan DZ BIKERS akan ke Sepang sama-sama p tengok moto. Tak kira la moto racing ka mato kawan-kawan ka sebab yang datang tu mesti orang yang suka moto.
Posted by kawasaki at 1:42 PM 0 comments
Rasa-rasanya tak ramai orang india yang beragama hindu menyambut hari kebesaran mereka dengan memasang radio kuat-kuat (sambil menari-nari) hingga menjadikan rumah mereka seperti sebuah disko selepas pukul 12.00 tegah malam. Tetapi ini yang berlaku di taman perumahan tempat saya tinggal!!!. Tetapi apa yang peliknya setelah pihak polis datang (mungkin ada penduduk yang menghubungi kot) untuk memantau perkara tersebut kerana ia boleh dikatakan menggangu ketenteraman awam (kerana telah lewat malam) keadaan yang sama tetap berlaku!!! Taktau dimana silapnya sehingga dua kali anggota polis yang datang menggunakan kereta peronda keadaan tetap tidak berubah.!!! Cuma HARAPAN KITA kejadian yang berlaku tiga malam berturut-turut ini adalah kes yang terpencil dalam usaha kerajaan kita untuk menjayakan gagasan 1 Malaysia `Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.' Kepada semua rakan-rakan saya yang beragama hindu `SELAMAT HARI DEEPAVALI'!
Posted by kawasaki at 1:21 PM 0 comments
Rasa-rasanya orang yang membuat iklan tentang penunggang motosikal besar berhenti di bawah jambatan pada waktu hujan disatu jalanraya tidak memikirkan tentang perasaan penunggang motosikal besar yang sebenar. Ini berlaku kepada diri saya sendiri semalam sewaktu balik dari KL dengan menggunakan lebuhraya utara selatan berlaku hujan dari sungkai ke bidor. Oleh kerana tidak mahu nanti diketawakan oleh pengguna kereta yang lalu (walaupun tidak ramai yang akan berbuat demikian kerana mereka faham masalah kami) maka saya tidak sanggup untuk berhenti di tiga tempat teduh yang disediakan (bawah jambatan) tetapi sebaliknya saya sanggup meredah hujan yang lebat sehingga tiba di hentian bidor.
Rasa-rasanya untuk masa akan datang penerbit berkenaan jika hendak membuat sesuatu iklan fikirlah juga kesannya kepada orang lain. Saya rasa adalah lebih sesuai jika pengguna motosikal kecil dijadikan model. Kerana yang banyak berlaku kemalangan dijalanraya adalah terdiri daripada pemilik motosikal jenis tersebut. Tetapi walaubagaimanapun saya ucapkan ribuan terima kasih kepada pengguna kenderaan lain yang apabila menyedari penunggang motosikal besar berada dibelakang mereka, secara automatik memberi laluan kepada kami. Ini bukan apa tetapi kerana kami menunggang dalam keadaan agak laju dan jika tuan/puan tidak memberi ruang kepada kami ini akan menyebabkan perjalanan kami sedikit terganggu. Terima kasih sekali lagi............
Posted by kawasaki at 11:30 AM 0 comments
Adakah peranan agensi /pihak luar perlu dilibatkan dalam membantu pihak sekolah dalam menyelesaikan sesuatu kes di sekolah? Berikan beberapa contoh.
PECAH REKOD
(Semasa di kantin PK1,PK Hem. Dan Ketua Guru Disiplin sedang minum)
P.Kanan 1 : Cikgu Amin tu rajin selalu masuk kelas ‘on time’.
P.K. HEM : Ha ah, saya pun selalu nampak dia macan tu. Tapi ada juga cikgu-cikgu .
yang selau tak masuk kelas. Terutamanya para ‘jurulatih elit’ kita tu.
P. Kanan 1 : Itula, saya pun nampak juga tapi…..susahlah bila nak tegur dan dibawa
ke pengetua tiada ‘respon’. Pengetua cuma angguk je. Malah
kelas tambahan petang pun cikgu-cikgu tu takde sebab selalu ke padang.
Guru Disiplin : Semalam ada kes pelajar ugut dengan senjata.
P.K HEM : Siapa? Bila? Di mana?
Guru Disiplin : Lokman dengan Arif. Waktu P& P. Di laluan hendak ke tandas blok B.
P.K HEM : Apa puncanya? Dah siasat?
Guru Disiplin : Puncanya cemburu. Kerana Arif dikatakan terlanggar Aminah semasa
berebut-rebut untuk balik naik bas pada minggu lepas.
Menurut guru disiplin Lokman (Rujuk lampiran 1) telah mengacukan pisau di depan Arif sambil mengugut akan mencederakannya jika Arif menganggu Aminah lagi. Kejadian itu berlaku semasa waktu keempat sebelum rehat ketika Arif hendak ke tandas. Kelas Lokman (Tingkatan 3 Berani) tiada guru pada waktu itu, tetapi Arif dari kelas 3 Cekal telah meminta kebenaran daripada Cikgu Amin untuk ke tandas.
P.K HEM : Cikgu Tan , tolong panggil Lokman dan Aminah ke bilik saya.
Guru Disiplin : Baik cikgu.
( Di Bilik P.K HEM)
Setelah kedua-dua pelajar tersebut dipanggil, mereka mengakui kejadian itu memang dirancang. Lokman pula bertindak atas aduan Aminah kepadanya.Maka, pada masa balik kampong, Lokman telah mengambil kesempatan untuk membawa pisau pulang ke asrama untuk tujuan tersebut.
P.K HEM : Ok, sekarang kamu isi borang pengakuan dan tandatangan di bawah
borang tersebut.
:Lokman, kamu sebenarnya telah melakukan beberapa kesalahan iaitu:
1. Keluar kelas tanpa kebenaran guru.
2. Menyimpan senjata di asrama dan semasa berada di sekolah.
3. Menggunakan senjata untuk tujuan mengugut pelajar lain.
4. Bercinta dengan Aminah
:Lokman, kamu tahu tak yang kamu telah ‘berjaya’ memecahkan rekod
sekolah ini? Kerana sebelum ini tiada kes pelajar yang membawa senjata
untuk mengugut pelajar lain. Tapi rekod yang kamu pecahkan itu adalah
rekod yang negatif iaitu rekod yang tidak boleh dijadikan ikutan.
: Selain itu, pada bulan lepas kamu telah balik lewat ke asrama. Saya
dapat maklumat ini dari salah seorang ahli JKK Kampung Seri Murni.
Betul tak?
Lokman : Betul cikgu.
P.K HEM : Aminah, kamu juga bersalah kerana :
1. Bercinta dengan Lokman
2. Menghasut Lokman untuk melakukan sesuatu kepada pelajar lain (Arif)
: Oleh itu, kedua-dua ibu bapa kamu akan dipanggil kerana kes ini adalah
kes berat dan boleh dijadikan kes polis. Kamu nak ke balai polis ?
Lokman : Boleh, tak kisah.
Apabila mendengar kenyataan itu, P.K HEM pun terus menelefon kawannya yang juga anggota polis di balai berhampiran untuk meminta jasa baik rakannya supaya mengertak Lokman dengan tujuan memberi kesedaran kepadanya.
(30 minit kemudian)
Polis membawa Lokman ke balai polis sementara menunggu bapanya datang untuk diberi penjelasan. P.K HEM termenung sambil memikirkan walaupun pelbagai program telah dibuat (Rujuk lampiran 2) khusus untuk disiplin tetapi kes begini masih boleh berlaku.
Esoknya bapa pelajar telah berjumpa dengan pengetua untuk menukarkan anaknya ke sekolah asal dimana anaknya bersekolah sejak dari tingkatan satu hingga awal tingkatan dua.
.
LAMPIRAN 1
PROFIL LOKMAN
Nama : Lokman bin Ibrahim
Tingkatan : 3 Berani
Status : - baru berpindah dari sekolah lain semasa tingkatan 2.
- perpindahannya atas permintaan pengetua
- bekas pemain ragbi peringkat negeri semasa sekolah rendah
Pekerjaan Bapa : berniaga pasar malam
Kes-kes sebelum : -balik kampong tanpa kebenaran
- menulis surat cinta
- ponteng ‘study ‘ malam
- bawa handset ke sekolah
Posted by kawasaki at 9:49 AM 0 comments
TAJUK: PECAH REKOD
SINOPSIS :
Kes ini merupakan kes berat yang pertama melibatkan penggunaan senjata berlaku di sekolah saya. Oleh sebab itu, kes ini diberi tajuk “ PECAH REKOD”. Kes ini berkaitan dengan tindakan seorang pelajar ‘pilihan’ pengetua kerana kelebihannya dalam bidang ragbi. Oleh kerana kelebihannya itu, dia diminati oleh ramai pelajar perempuan. Pelajar ini baru berpindah dari sekolah lain kerana kelebihannya itu.Kes berlaku apabila timbul perasaan cemburu dan merasakan diri hebat hingga berani mengugut pelajar lain dengan menggunakan senjata terhadap pelajar lelaki lain hingga menggemparkan warga sekolah.
OBJEKTIF: Apa yang boleh dipelajari dalam kes ini ialah:
1. Apabila sesutu kes disiplin berlaku selalunya ada sebab-sebab lain yang berkaitan mendorong kes yang lebih besar.
2. Dapat memberi idea dalam menagani sesuatu kes terutamanya yang melibatkan kes jenayah.
3. Tiada pelajar istimewa dalam sekolah dan semua pelajar haruslah diberi layanan tanpa mengira kelebihan dan kekurangan seseorang individu.
4. Implikasi kes ini terhadap pelajar lain dan imej sekolah
KUMPULAN SASARAN:
1. Pengetua
2. PK. HEM
STRATEGI MENGGUNA KES:
CADANGAN SOALAN:
Dengan menggunakan kaedah tulang ikan ishikawa dapatkan punca-punca berlakunya kes ini.
Sebagai seorang PK HEM, apakah tindakan lain yang boleh diambil terhadap Lokman?
Posted by kawasaki at 9:04 AM 1 comments